Bismillahirrahmanirrahim.. . Puding Jagung Oleh : Surianti Ramli http:// www.jendeladapursurianti.bl ogspot.my/ Bahan-bahan : 1 tin jagung 1 cawan gula pasir 1 cawan tepung kastad 1 kotak kecil santan* 3 cawan air* (Bahan bertanda * boleh digantikan dengan 4 cawan susu cair) 1 sb mentega Cara penyediaan : Satukan semua bahan (kecuali mentega), kacau larut hingga sebati. Masak atas api perlahan, sentiasa dikacau. Bila adunan telah mulai pekat dan berbunyi blurp blurp, masukkan mentega. Kacau rata, matikan api. Basahkan acuan dengan air biasa & tuang adunan. Bekukan & boleh disimpan dalam peti ais. Sedap dimakan sejuk.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...