Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Kek Marble Susu sedap sukatan cawan

Kek Marble Susu ni sebenarnya Sue buat minggu lepas. Tapi belum sempat nak update dalam blog waktu itu disebabkan sibuk dengan penyediaan kertas peperiksaan akhir tahun..hari ini baru berkesempatan..kebetulah sekolah dicutikan kerana masalah jerebu..sambil duduk2 je dalam rumah, sambil update blog.. Sedap tau kek ni..rasa lembab2 susu pekat dan mudah pula membuatnya, sukatan pun menggunakan sukatan cawan je....tak sempat nak ambil gambar banyak..sekali hadap makan..kalau anda baru nak cuba, boleh buat setengah adunan dari resepi di bawah ya.. Kek Marble Susu Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 ketul butter (Sue guna pure butter Anchor) 3/4 cawan gula kastor 1/2 cawan susu pekat 4 biji telur (Sue guna saiz A) 2 1/2 cawan tepung gandum * 1 sk baking powder * 2 sb serbuk koko Bahan bertanda * disatukan dan diayak Cara penyediaan : -pukul butter dan gula hingga kembang dan putih. -masukkan susu pekat. -masukkan telur satu demi satu sambil dipuku...

Cucur jagung rangup di luar lembut di dalam

Bismillahirrahmanirrahim.. Cucur jagung rangup di luàr lembut di dalam utk minum petang..sepinggan sekejap je licin. Sebelum ini Sue pernah share resepi cucur udang yang kekal lembut walau pun seharian, kali ini cucur jagung pula..lain sikit caranya. Tapi hasilnya, sedap ! Kalau nak buat cucur udang guna resepi ini pun boleh, hanya gantikan jagung dengan udang je.. Cucur Jagung Oleh : Surianti Ramli Bahan2 : 2 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan air panas 1 cawan air biasa 1 biji telur 1 sb gula 1 sb cuka 1 sk serbuk kunyit Kucai, bawang besar yang dipotong dadu, setongkol jagung diambil isinya. Secubit garam Cara penyediaan : -satukan tepung dan air panas, gaul rata. -masukkan bahan lain & gaul sebati. -biar sekejap dan boleh digoreng dengan minyak panas.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol

Masak Lemak Cili Padi Ikan Tongkol (ini cara saya) Oleh : Surianti Ramli 2 ekor ikan tongkol Sedikit garam dan kunyit -ikan diperisakan dengan garam dan kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan. 15 tangkai cili padi 1 ruas kunyit 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih -semua bahan diatas dikisar halus 1 batang serai diketuk Asam keping (saya guna 3 keping je) 2 cawan santan (Sedikit air jika perlu) Garam secukup rasa Timun dipotong serong -jika suka Cara penyediaan : -masukkan bahan kisar bersama serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Didihkan dalam api perlahan. -masukkan garam, timun serta ikan. Masak hingga sebati. Siap.

Chocolate Brownies aka Brownies Kedut

Antara fenomena FB tidak berapa lama dulu, Brownies Coklat Kedut..sedap rupanya, tak hairanlah ramai kawan2 yang telah pun mencuba dan anda juga harus cuba. Rasai sendiri, bukan rasa seperti kek coklat tau..pendek kata memang sedaplah hihi.. Resepi ini Sue copy paste dari shabat FB Chocolate Brownies Sumber : Mariana Zainal Dicuba oleh : Surianti Ramli Resipinya (loyang saiz 10x10'inci) Bahan A 400g coklat masakan ( potong kasar) 150g mentega(sy guna butter) (Cairkan bahan di atas secara double boiler.. . ketepikan) Bahan B 100g gula perang (sy guna 80g jer) 100g gula kastor ( sy guna 80g jer) 4 bj telur 1 sdt esen vanilla (Satukan bahan B dan kacau sebati guna senduk atau whisk.. .tidak perlu pukul yer) Bahan C 100g tepung naik sendiri 30g serbuk koko (Ayak bersama bahan C) Caranya Masukkan bahan B ke dalam bahan A.. kacau hingga sebati guna senduk@ whisk... Masukkan bahan C.. . kacau lagi bagi sebati.. . Sapukan mentega dlm loyang ( loyang 10'x10...