Assalam semua...kita telah pun memasuki fasa pertengahan Ramadhan yang mulia...alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT insyaAllah...aamiin..terima kasih kepada semua pengunjung blog yang sudi ziarah blog Sue yang tidak seberapa ini. Sayang semua...muahhh... Sudah lama teringin sangat nak makan pulut udang (nama di Utara), kalau di selatan dipanggil pulut panggang. Dapat juga masak beberapa hari lepas, alhamdulillah. Resepi asalnya dari arwah tok (panggilan untuk nenek) dan diturunkan kpd emak Sue. Cara yang ringkas, bahan yang minima & insyaAllah sedap cara kami. Sebelum dan selepas dipanggang. Pulut Udang/Pulut Panggang Oleh : Surianti Ramli Bahan A : 2 cawan beras pulut (direndam 4 jam) -kukus pulut hingga masak. Bahan B 1 cawan santan* Secubit garam* 1 sb mentega* -masak bahan bertanda * di atas dalam api perlahan hingga sedikit didih. Gaulkan sebati bahan A (pulut kukus) bersama bahan B (santan) sewaktu...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...