Biasanya Sue buat lompang gula merah. Tapi kali ini teringin nak makan lompang pandan. Bahan semua dah ada di dapur, terus je buat. Kalau anda yang belum pernah cuba masak kuih lompang, cuba lah resepi ni. Asal resepinya dari emak mertua Sue. InsyaAllah menjadi. Ikut petua yang akan Sue tulis nanti ya... Lompang Pandan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis) 1 sudu besar pandan paste untuk memberikan warna hijau Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih Secubit garam halus 1 helai daun pandan #gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula pasir serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi) 2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur ...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...