Udang galah pemberian dari seorang sahabat hubby. Terfikir-fikir nak masak apa.... jalan-jalan ke blog Azlita Aziz , wah....sedapnya ! Izinkan Sue copy resepinya ya. Resepi asal : Azlita Aziz UDANG GALAH MASAM MANIS 2 kg udang galah - berus dan cuci bersih 1 labu bawang besar - potong baji 1 biji tomato - potong baji 5 sudu makan sos cili 3 sudu makan sos tiram 1/2 cwn air 1 kiub - ikan bilis garam dan gula secukup rasa. 1 biji cili merah - hiris 1 biji cili hijau - hiris 1 pokok daun ketumbar - mayang halus 2 batang serai - dititik Bahan kisar 3 ulas bawang besar 2 ulas bawang putih 3 biji cili merah Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak. Biar seketika. Siap untuk dihidangkan.
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...