Selamat petang semua, petang ni teringin pulak nak makan apam. Sue pun blogwalking. Terjumpa resepi yang mudah dan sedap dari blog Yatie Memories Bahan-bahan semua dah ada, terus masuk dapur dan taraaa....inilah hasilnya. Memang sedap ! Tq Yatie untuk resepi ini. Apam beras/apam nasi Sumber : Yatie Memories Bahan-bahannya. 2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 1/2cwn gula pasir 2 1/2 cwn air 2 sudu kecil yis (mauripan) kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Hidang bersama kelapa y...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...