Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Kuih Lompang resepi ibu mertuaku...Sedap !

Selamat berhujung minggu semua. Asyik buat kek je ya... Hari ni Sue masak kuih lompang resepi dari mak mertua. Dulu masa kecik, Sue selalu tertanya-tanya. Kenapa dinamakan lompang ? Bila dah besar, baru tahu. Rupanya bila kita masak (kukus) kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. Itulah lompang. Asal usul namanya. Kalau ada yang buat kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah. InsyaAllah resepi Sue ini pasti jadi. Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya.. Kuih Lompang oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 2 1/2  cawan air  3 helai daun pandan Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih secubit garam halus 1 helai daun pandan -gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula merah, gula...

Snow Cheese Cake untuk wedding anniversary yang ke 17 tahun...

Assalam dan selamat sejahtera semua. Snow Cheese Cake ni Sue buat sempena sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke 17  tahun pada 14 Februari yang lalu. Sebenarnya, tarikh berkenaan jatuh pada hari Jumaat. Hari bekerja dan ditambah pula semua orang dalam rumah ni kurang sihat, terpaksa tangguhkan dulu. Badan rasa lemah lagi, tapi dah boleh bangun buat kek. Alhamdulillah... Dulu Sue pernah sekali buat kek ni. Boleh tengok resepinya di sini  dalam sukatan cawan. Kali ini Sue  buat dalam timbangan metrik. Anda cubalah ya... Senang dan sedap sangat !  Snow Cheese Cake (sangat sedap) 100 g tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek) 60 g tepung jagung 75 g  gula kastor 1 sudu teh baking powder 2 sudu besar ovalette 6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji  dibuang putihnya) 50 ml  air dari peti sejuk  75 g mentega (dicairkan) Cara: 1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dip...

Chocolate Chip Cuppies yummy !

Entry tertangguh ( buat 3 minggu lepas rasanya), sesuai untuk minum petang atau pun breakfast pun boleh. Anak-anak memang suka sebab ada coklat chips tu. Chocolate Chip Cuppies  Bahan-bahan : 2 cawan tepung blue-key (self raising flour) * 1/2 cawan serbuk koko* 1 sudu teh baking powder* 3 biji telur 1 cawan gula castor 3/4 buku butter 1 cawan chocolate chip (1/2 cawan untuk dimasukkan dalam adunan dan bakinya untuk ditabur atas cupcake sebagai hiasan) 1 1/4 cawan susu cair 3 sudu teh esen vanilla #chocolate  chip - sila lebihkan jika suka# Cara Penyediaan : 1. Satukan dan ayak bahan bertanda *. Ketepikan. 2. Pukul butter bersama gula hingga putih dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi. 3. Masukkan esen vanilla, tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga habis. Putar sebati. Campurkan 1/2 cawan chocolate chip. Kacau secara kaup balik. 4. Panaskan oven pada suhu 170'C. 5. Sudukan adunan ke dalam cup kertas sehingga...