Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Lompang Pandan untuk minum petang

Biasanya Sue buat lompang gula merah. Tapi kali ini teringin nak makan lompang pandan. Bahan semua dah ada di dapur, terus je buat. Kalau anda yang belum pernah cuba masak kuih lompang, cuba lah resepi ni. Asal resepinya dari emak mertua Sue. InsyaAllah menjadi. Ikut petua yang akan Sue tulis nanti ya... Lompang Pandan Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan jus pandan (jus pandan = 7 helai daun pandan dikisar dengan air dan ditapis) 1 sudu besar pandan paste untuk memberikan warna hijau Hiasan di atas lompang : Kelapa parut yang putih Secubit garam halus 1 helai daun pandan #gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap Cara masak : 1. Satukan gula pasir  serta jus pandan. Masak sehingga gula larut. Sejukkan. (*pastikan benar-benar sejuk, jika tidak lompang tidak menjadi) 2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur ...

Kek Kukus Velvet Hawflakes aka Kek Lapis Hawflakes

Teruja sungguh Sue buat kek ni. Tak sabar nak tengok hasilnya. Bila dah siap kukus... Wow ! Sedap. Lagi bertambah sedap kalau letak banyak asam hawflakes tu. Untuk kek kali ini, Sue kekurangan stok hawflakes. Lain kali akan letak banyak. Bila gigit je kek tu, terasa masam manisnya. Kek Kukus Velvet Hawflakes/Kek Lapis Hawflakes Sumber :  Kak Fida Myresepi Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji telur - grade A yang sejuk(dari peti ais) 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) *Sue letak 200g shj 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) 1 sk rata baking powder* 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1/2 sk garam 100 ml minyak jagung/masak 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka secukup hawflakes Cara-cara : Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/minyak masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga...

Mee Kari sedap dan mudah penyediaannya

Dah lama teringin mee kari, baru kali ini dapat cuba memasak. Selalunya makan mee kari yang dimasak oleh kawan-kawan. Tapi kali ini, Sue masak ikut resepi seorang sahabat fb yang memang pakar memasak. Hasilnya, wow ! Sedap. Alhamdulillah...anak-anak dan hubby suka. Sue copy paste resepi ini ya... Mee Kari Ayam Sumber resepi asal : Naimah Md Ludin Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 1 labu bawang besar (dadukan) 3 ulas bawang putih (racik halus) 3 sudu rempah kari daging (sy guna adabi) 1 sudu cili boh 1 tangkai daun kari isi ayam tauhu goreng (potong kecik) fish ball & fish cake kacang panjang (potong pendek2) sodek/putik jagung 2 cawan pati santan 2 cawan air panas 1 senduk minyak (utk tumis) gram dan gula secukup rasa ulam: taugeh-dicelur sawi-dicelur cili merah hiris nipis buah limau nipis bawang goreng bua tomato dihiris nipis @guna buah tomato kecik2 tu mee 2 bungkus-dicelur cara 1)panaskan miny...

Kuih Lapis jalur merah putih

Dulu masa kecik, kalau dapat makan kuih lapis, Sue suka makan selapis demi selapis. Suka tengok lapisnya. Dengan   kombinasi rasa lemak dan manisnya. Sedap ! Ok jom kita lihat resepinya, Sue masak di kampung kuih ni,  Kuih Lapis Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 6 sb tepung beras 1 cawan gula pasir 3 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sk garam Pewarna merah Esen ros Sedikit minyak masak Cara penyediaan : 1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak, adunkan hingga sebati menggunakan whisk atau pun senduk.  2. Tapiskan adunan supaya tidak berketul. 3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal. 4. Panaskan air dalam periuk kukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak masak.  (Sue gunakan loyang segi empat bersaiz 6 inci x 6 inci x 3 inci) 5. Adunan merah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak, begitu juga dengan adunan puti...

Roti Jala yang kekal lembut dan sedap

Walau pun seharian, roti jala ni tetap mengekalkan kelembutan dan kesedapannya. Sedap dimakan dengan kari ayam atau pun kari daging. Alhamdulillah anak-anak dan hubby suka. Ini juga Sue masak waktu berada di kampung. Roti Jala Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 biji telur gred A Secubit garam Sedikit pewarna kuning -Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan kisar. Kemudiannya, tapis. Bahan lain : -sedikit mentega untuk di griskan pada kuali -sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada berus) -acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang plastik dengan harga rm1.30 sahaja) Cara penyediaan : 1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper. 2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpula...

Muffin Pisang untuk anak-anak

Mudah membuat muffin, tak perlu pakai mixer. Hanya kacau rata menggunakan whisk atau pun senduk sahaja. Ringkas, cepat dan mudah berbanding cupcake. Anak-anak suka, sekejap saja berebut makan dah licin. Muffin Pisang Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 5 biji pisang emas (dilecek) 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 st baking powder* 1 st soda bikarbonat* 1/2 cawan gula perang 1 st esen pisang 1/3 cawan minyak jagung 1/3 cawan susu segar 1 biji telur 1/2 cawan choc chip Badam cincang untuk hiasan diatas muffin (jika suka) Cara penyediaan ; 1. Satukan dan ayak bahan *. Ketepikan. 2. Satukan gula perang, minyak jagung, susu segar, telur, esen dan pisang lecek. Kacau rata menggunakan senduk atau pun whisk sekejap saja. Kemudian gaulkan dengan bahan ayak dan choc chip sehingga rata. 3. Sudukan adunan hingga memenuhi 3/4 cup kertas. Taburkan badam cincang. Bakar selama 23 minit pada suhu 180' C atau pun sehingga masak. Muffin pisang ini sedap dan menjadi kesukaan ana...

Butter Cheese Cake yang sangat sedap...yummy !

Sedap sungguh kek ni. Resepinya sama dengan kek butter asas. Tapi bila ditambahkan cream cheese, rasanya lain dari kek biasa. Alhamdulillah anak2 Sue suka. Anda mesti cuba, Percayalah. anda tidak akan menyesal kalau buat kek ni...rasa cheesenya ditambah dengan wangian butter, bergabung menjadikan rasa kek ni hebat...tu diaaa..ayat...hihihi...nak menyatakan kesedapan kek butter cheese cake. Butter Cheese Cake Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 220g butter (saya guna SCS) 200g gula castor 250g cream cheese (saya guna Tatura) 5 biji telur gred B 1 sk esen vanilla 250g tepung superfine* 2 sk baking powder* 3 sb susu cair 1 sb coklat emulco (bahan * disatukan dan diayak) Cara penyediaan : 1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 2. Masukkan cream cheese sambil dipukul lagi. 3. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. 4. Teruskan memukul sambil memasukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair. 5. B...

Info : Kenapa buat kek tak jadi ?

Perkongsian yang menarik dan berguna,  -Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven => Jawaban: Kek belum masak betul. -Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah => Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah. -Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna. -Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut. -Kek tenggelam atau bantat => Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ). -Kek berderai bila dipotong => Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang. -Kek melekat pada loyang pemba...

Apam Polkadot yang berwarna warni, menarik dan sedap pula

Sebenarnya dah lama Sue berkenan dengan apam polkadot hasiltangan seorang sahabat Fb, Habibah Mohd Zaini. Kreatif sungguh cara beliau menghasilkan pelbagai corak dan gambar atas apam polkadotnya. Ada kartun minion,  bentuk strawberry, ladybug dll. Sue pun cuba-cuba buat. Tapi memandangkan tangan ni keras lagi dan pewarna di rumah pun tak lengkap, Sue hanya buat bentuk strawberry sahaja. Hasilnya tak secantik Habibah. Segan jugak nak buat tayangan. Kena berlatih buat lagi ni...jom kita lihat :) Apam Polkadot Sumber : Habibah Mohd Zaini Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 biji telur dari peti ais 1 cawan gula icing 2 cawan tepung gandum *ayak 1 sb baking powder *ayak 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1 st esen vanila Filling mengikut citarasa (Sue letak filling strawberry) Pewarna hijau, merah dll (ikut citarasa sendiri) Cara penyediaan : 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Masukkan gula dan pukul sebati, kemudian masukkan ovalette sambil dipukul lagi hi...

Apam Snow White mudah

Dah lama Sue tak masak apam. Sebelum ini, Sue pernah buat apam beras. Letak warna pink, putih dan hijau. Resepinya lebih kurang dengan ini juga, tapi ada kelainan sedikit. Rasa macam sedap je bila teringat nak makan apam. Akhirnya terhasillah apam snow white ni setelah berjalan-jalan ke dapur Myresepi. Yummy ! Makan dengan kelapa parut. Lawan dengan milo panas. Waktu hujan pulak, lapar. Asyik makan je hihihi... Apam Snow White Sumber :  qnq0910 (Myresepi) Dicuba oleh : Surianti Ramli 3 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir 1 packet mauripan@ibu roti 2 cawan nasi 3 cawan air Cara-cara -masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air. -gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu. -kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur. -campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan. -biarkan adunan mesra selama satu jam, adunan akan mengembang selepas itu. -sele...

Makaroni Goreng yang simple tapi sedap untuk dinner

Late dinner untuk malam tadi...masak yang simple2 je. Alhamdulillah, anak2 suka. Makaroni Goreng Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : -2 cawan makaroni -1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu -1 biji buah tomato dipotong dadu -1 mangkuk kecil daging dipotong kecil -1/2 tin sos prego tradisional -Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya) -Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton) -Garam dan gula secukup rasa -Sedikit air *jika suka, boleh tambahkan cendawan butang, crab stick (stick ketam), sosej dll. *masakan ini tak pedas, sesuai untuk anak2. Kalau suka pedas, sila tambahkan cili kisar. Cara masak : 1. Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1sb minyak. Celur makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu. 3. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hi...

Puding Roti dengan Sos Kastard

Ada banyak lagi roti di dapur yang hampir sampai tarikh luput. Sayang membazir kalau tak habis. Penyelesaiannya, jadi lah puding roti. Resepinya hampir sama seperti Puding Roti versi bakar yang Sue selalu buat. Hanya kali ini Sue kukus. Sedap rasanya kalau dikukus berbanding bakar (ikut tekak Sue). Anda boleh pilih nak bakar atau kukus ya... Puding roti (versi kukus) Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan :  8 keping Roti * segelas susu segar  * 2 sb gula * 2 sb mentega- cairkan * 2 biji telur * 1 st esen vanilla * 1 sb tepung jagung segenggam kismis hitam/ceri Sos Kastard : 1 tin susu cair (boleh juga gunakan 1 gelas susu segar) 2 sb tepung kastad 2 sb gula 1 st esen vanilla Cara-cara: 1. Griskan loyang, potong empat atau pun carik-carikkan roti. Susunkan dlm loyang. 2. Blend bahan-bahan bertanda * (lebih kurang 2minit) dan tuang ke atas roti tadi. Biarkan roti terendam 30minit. 3. Taburkan kismis atau ceri diatas roti. Kukus selama 25 minit. 4. U...

Bubur Kacang Hijau untuk minum petang

Dah lama tak masak bubur kacang hijau ni. Sedap pulak, bertambah-tambah makan. Untuk resepi ini, Sue masak menggunakan periuk "pressure cooker" Noxxa dari Amway. Sekejap je dah masak. Jom kita lihat resepinya. Bubur Kacang Hijau Sumber : Group Noxxa Diolah semula oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan : 2 cawan kacang hijau ( tak perlu rendam) 8 cawan air 2 cawan santan pekat 2 sb sagu putih 8 sb gula perang (brown sugar) Secubit garam 2 helai daun pandan Cara masak : 1. Masukkan kacang hijau bersama air ke dalam periuk. Ambil fungsi high pressure 12 minit. On kan periuk. Tunggu hingga bunyi beep, lepaskan tekanan supaya wapnya keluar. 2. Ambil fungsi stir fry, masukkan gula, garam, sagu, daun pandan dan juga santan pekat. On kan periuk. Tunggu hingga mendidih. (Anggaran 5 minit sahaja). Off kan periuk. Siap. Sedia dihidang. *Kalau masak menggunakan periuk biasa, bahan yang digunakan sama juga seperti di atas. Hanya kacang hijau perlu direndam selama 4 ja...

Carrot Walnut Cake yang sedap, moist, berkrim...

Entry kek lagi...Kami satu family memang penggemar kek carrot. Tapi tak boleh buat selalu. Maklumlah, nanti sedar2 baju semua dah tak muat. Hihihi...ok jom kita semak resepinya. Carrot Walnut Cake Oleh : Surianti Ramli 2 cawan tepung superfine* 1/2 sk baking powder* 1/2 sk soda bikarbonat* 3/4 cawan gula perang 1/4 cawan gula castor 4 biji telur 1 sk esen vanilla 1 sk serbuk kayu manis 1 sb susu pekat manis 1 cawan minyak jagung 1 cawan walnut cincang (panggang terlebih dulu) 2 cawan carrot parut 1/2 cawan kismis hitam #Satukan carrot parut bersama kismis hitam dan perap selama 2 jam. Cara penyediaan : 1. Pukul telur hingga kembang. Kalau tiada mixer, boleh gunakan blender. 2. Masukkan gula castor dan gula perang sambil dipukul lagi. Kemudian masukkan susu pekat, minyak jagung dan  esen vanilla, pukul lagi anggaran 3 minit. Ketepikan. 3. Satukan bahan bertanda * dan ayak.  Gaul sebati bersama bahan yang dipukul tadi. Masukkan serbuk kayu manis, carr...

Kek Pisang Coklat Urai

Sedap dan wangi ! Sue masak kek pisang ni beberapa hari lepas, entry tertangguh. Baru hari ini dapat postkan dalam blog. Resepinya Sue dapat dari sahabat FB - Intan @ Adura's Delight. Sue copy paste di sini ya... Kek Pisang Coklat Urai Sumber :  Adura's Delights Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahannya : 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula castor atau gula pasir 1/2 cawan gula perang 2 cawan pisang emas atau pisang berangan (yang telah dilecek) 1 cawan minyak jagung atau minyak masak sebarang jenama 2 biji telur 1 sudu kecil esen pisang atau esen vanilla 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonate 1/2 cawan coklat urai (nak ganti dgn coklat cip pun boleh) sedikit garam Caranya : - Pukul telur bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Kemudian tambah minyak jagung, pukul sebati. Selepas tu tambah pula esen pisang. Pukul lagi. - Kemudian masukkan pisang lecek. Pukul sebati, tambah sedikit garam. - Ayak tepung bersama baking ...

Cream Puff yang aduhai sedapnya....

Sue masak cream puff ni beberapa hari lepas. Tapi baru hari ini terluang masa untuk mengedit gambar dan post kan dalam blog. Baru perasan, rupanya masa snap gambar hari tu, lupa snap  gambar yang menamppakkan puff yang berisi cream custard.  Memang dalam gambar ni bawah ni pun, ada diletakkan filling cream tu...tapi tak nampak sebab hanya fokus pada puff nya sahaja. Tak pe lah yer...yang penting, resepi ini memang sedap insyaAllah... CREAM PUFF Resepi asal :  Yani, Myresepi Sumber :  Azlita Masam Manis Puff Bahan-bahan: 100ml air 45g butter-suhu bilik, potong 1cm 60g tepung gandum- diayak 2 biji telur(100g) 1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C. Griskan loyang dengan menyapukan butter. 2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. Ketepikan. 3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. Masukkan t...

Sambal goreng jawa kegemaranku...sedapnya !

Alhamdulillah...baru-baru ini, setelah 3 hari 2 mlm berkursus, selesai kursus dapat balik rumah. Lega, dpt mkn masakan sendiri. Jemu makan makanan hotel berhari2. Walaupun chef hotel masak yang sedap, Sue jadi stress tak dapat masuk dapur sendiri hahaha.... Sambal goreng jawa (my febret)...belajar dgn kak Ida, kawan lama masa mula2 jadi cikgu dulu tahun 1997. Mmg sedap. Selalu masak ni. Sambal Goreng Jawa Sumber : Kak Ida (sahabat lama, memang org jawa tulen) Bahan kisar : 10 biji cili kering (direbus utk melembutkannya) 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 batang serai 1/2 inci lengkuas Segenggam ikan bilis *semua bahan diatas disatukan dan dikisar halus Bahan yang di goreng : 1 cawan ikan bilis 1 biji ubi kentang dipotong memanjang 1 keping tempe dihiris nipis 1 keping tauhu (digoreng dulu kemudian barulah dipotong kecil) *semuanya digoreng berasingan dan ditoskan Bahan yang di rendam : -suhun -sayur fucuk *semua bahan dipotong kecil dan rendam ...

Chocolate Chips Muffin kesukaan anak-anak

Memang anak-anak sangat sukakan rasa coklat, termasuk juga kita orang dewasa, kan...Berebut-rebut makan. Memang Sue sendiri pun sukakan muffin ni. Cara penyediaannya pula sangat mudah. Hanya kacau rata sahaja dngan whisk. Tak perlu nak keluarkan mixer dan pukul lama seperti membuat kek. Senang sangat. Sekejap je dah siap. Anda mesti cuba, percayalah...anda pasti berpuas hati. Sue copy paste resepi ini dari blog CMG. Chocolate Chips Muffin Resepi asal : Noreen UK Sumber :  CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan Disatukan Dan Diayak:- 250 g tepung gandum 2 camca teh baking powder 1/2 camca teh soda bicarbonate 2 camca besar serbuk koko Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:- 250 ml susu segar 90 ml minyak sayur/jagung 1 biji telur gred A 1 camca teh esen vanilla Bahan Lain:- 175 g gula halus 150 g chocolate chips 50 g chocolate chips, utk hiasan Cara membuatnya:- Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul r...

Ayam Goreng Tomyam hidangan yang ringkas tapi sedap

Biasanya kalau hari yang berkejar dengan masa, Sue akan masak yang ringkas sahaja. Jenis yang bergoreng. Salah satu menunya adalah seperti hari ini, Ayam Goreng Tomyam. InsyaAllah sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga. Ayam Goreng Tomyam Oleh : Surianti Ramli Bahan-bahan ; 4 kepingbahagian dada ayam dipotong kecil (atau bahagian lain, tapi ambil isinya sahaja) 1 batang serai - diketuk 3 ulas bawang putih - diketuk 1 labu bawang besar - dipotong 1 biji lada merah - dipotong 1 biji buah tomato dibelah 4 bahagian 1 ketul kiub tomyam 2 sudu besar sos tiram Sayur-sayuran seperti bunga kobis, kacang panjang dll yang sesuai Sedikit air Daun limau secukupnya Secubit garam Minyak masak Cara penyediaan ; 1. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga hampir masak. Angkat dan ketepikan. 2. Dengan minyak yang sama (buang sedikit minyak tadi jika banyak), tumiskan bawang putih dan serai hingga harum. 3. Masukkan kiub tomyam bersama sedikit air. Didihkan. 4. Masukkan...

Terung Masak Kicap

Dulu-dulu Sue tak pernah makan terung masak kicap, tapi ada seorang kawan sama tempat kerja yang kerap masak masakan ini dan bawa ke tempat kerja untuk kami makan bersama-sama. Sedap rupanya. jom kita lihat resepinya. Terung Masak Kicap Sumber : Nurol Huda Abd Hamid Dicuba oleh ; Surianti Ramli Bahan-bahan : 3 biji terung dipotong bulat (ketebalannya anggaran 1/2 inci) 3 ulas bawang putih dimayang 1 biji lada merah/lada hijau di hiris nipis Sedikit udang kering Kicap lemak manis secukupnya Minyak masak Cara penyediaan : 1.Panaskan minyak dan gorengkan terung hingga agak layu dan lembut. Angkat dan ketepikan. 2. tumiskan bawang putih, masukkan udang kering dan kacau goreng sekejap. 3. Masukkan terung bersama kicap secukupnya. Goreng hingga rata dan sebati. 4. Akhir sekali masukkan bawang besar bersama lada merah. Kacau rata. Sedia dihidang. Mudah, kan ? Tak perlu masukkan garam kerana kicap itu sendiri sudah cukup rasa masinnya.

Apam Susu yang ringkas dan mudah

Sarapan kami sekeluarga beberapa hari lepas, Apam susu & air kopi. Sedap, cepat dan mudah. Bahan yang digunakan pun ringkas. Kalau sesiapa yang baru belajar memasak atau pun yang berkejar masa macam Sue, memang harus cuba apam ni. Bismillah... Apam Susu Sumber : Resepi Ringkas Bahan-bahan : 4 biji telur 1 st esen vanilla 1 sb ovalette 1 cawan gula halus 4 sb susu pekat 2 cawan tepung gandum Cara penyediaan : Pukul telur, esen vanilla, ovalette dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan susu pekat. Akhir sekali masukkan tepung. Pukul sebati. Letakkan warna mengikut kesukaan. Kukus selama 40 minit @ hingga masak. *didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dulu.

Nasi Beryani Ayam Hadhramaut original resepi dari tanah Arab

Alhamdulillah...sedapnya makan nasi hari ini. Rempah ratusnya Sue beli dari Lydia Honey dari bulan Julai dulu lagi...tapi baru hari ini berkesempatan untuk masak...Memang Sue ikut resepi Lydia 100% tanpa mengubah. Walaupun nampak macam banyak bahan yang digunakan, tapi cara memasaknya amatlah mudah. Nasi Beryani Ayam Hadhramaut Sumber : Lydia Honey Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan untuk merebus ayam : 2 ekor ayam - potong 4 1/4 cmt nutmeg powder (pala) 1/2 cmt cardamom powder (buah pelaga) 1 cmt Arabic mix spices 2 helai daun bay 1/2 camt kayu manis powder 3-4 kuntum bunga cengkih 1 camt corainder powder (ketumbar) 1/2 cmt serbuk lada hitam 1 camt cummin powder (jintan putih) 1 camt ginger powder (halia) 1 biji tomato yang ranum- dibelah 4 1 labu bawang besar - didadu kecil 1 biji lada hijau - belah 2 garam secukup rasa Air secukupnya -Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam. Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit...

Banoffee Pie untuk penggemar pisang

Dessert kali ini adalah banoffee pie atau nama penuhnya banana toffee. Idea asalnya adalah dari Nigella Lawson. Tapi Sue ubahsuai mengikut selera Sue berdasarkan bahan yang sedia ada di dapur tanpa mengubah bahan asasnya. Versi dalam gelas sundae   Versi dalam loyang Banoffee Pie Oleh : Surianti Ramli Bahan -bahan : 30 keping biskut cream cracker/ biskut marie/ biskut digestive 1 ketul butter 1/3 tin susu pekat manis 1/4 cawan susu segar (Sue gunakan susu tepung nespray yang dibancuh dengan air) 3 biji pisang berangan 400 ml whipping cream (Sue guna Anchor UHT) 1 tbs gula Cara penyediaan  (rujuk pada gambar step by step) 1. Hancurkan biskut cream cracker. 2. Cairkan butter (tinggalkan 1tbs butter untuk membuat karamel, yang lain semuanya dicairkan). 3. Curahkan butter cair tadi ke atas biskut hancur. Gaul sebati. Tekan dan ratakan dengan sudu hingga menjadi padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. 4. Sambil menunggu, ki...

Roti Sarang Lebah yang terkenal di alam maya

Sebenarnya Sue kerap buat roti ni. Family Sue memang sangat suka akan rasanya yang lembut bak kapas. Sosnya pulak aduhaiiii. Butterscotch sauce namanya. Memang sedap sungguh. Selain dari masak untuk family, Sue bawa juga ke tempat kerja untuk dimakan bersama kawan-kawan. Memang mendapat feedback yang baik. Kawan-kawan Sue pun sangat sukakannya. Alhamdulillah.... Ini resepi asalnya, dari Lydia Honey yang tinggal di Kuwait. Lydia uli menggunakan tangan sahaja. Tapi hasilnya sangat baik. Ini pula cara Sue. Memang Sue ikut sepenuhnya bahan yang Lydia gunakan. Hanya, Sue uli menggunakan mixer kerana tangan Sue tak kuat dan cepat lenguh. Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah Resepi Asal : Lydia Honey Dicuba oleh : Surianti Ramli DOH✏️ 2 cawan tepung gandum 1/2 Sudu teh dry yeast 1/4 Sudu teh garam ½ sudu teh baking powder 1 sudu besar gula pasir ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik ¼ cawan minyak sun flower 1/2 cawan air Cara-cara : -jika menggunakan breadmaker, mas...

Potato Bun yang lembut dan sedap

Biasanya Sue beli potato bun ni di Tesco. Dah lama juga menyimpan keinginan untuk cuba buat sendiri. Google cari, terjumpa 2 resepi potato bun yang menarik perhatian Sue. Kedua-duanya Sue dah cuba masa cuti sekolah yang lepas dan mendapat hasil yang baik. Memang berpuas hati dengan kelembutan dan kesedapannya. Lepas ni tak payahlah lagi nak beli, kan...Di sini Sue letakkan kedua-dua resepi yang telah Sue cuba. InsyaAllah, anda mesti berpuas hati dengan hasilnya. Bun Kentang/Potato Bun Sumber :  CMG Dicuba oleh : Surianti Ramli Bahan Doh :-) 135 ml air sejuk dari peti ais 3/4 camca teh garam 1/2 biji telur (kurang lebih 30g) 60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu) 300 g tepung roti (hi protein flour) 3/4 camca besar susu tepung 50 g gula halus 2 camca teh yis 1/2 camca teh bread improver 1/2 camca teh bread softerner Bahan Kastard - Resipi CMG sendiri :-) 3/4 cawan susu segar 2 camca besar tepung kastard 2 camca besar gula halu...