Assalam semua, Sebenarnya dah banyak hari Sue teringin nak makan snow cheese cake, cuma tak berkesempatan nak buat. Barang dah beli, tapi disebabkan kekangan waktu, hujung tahun ni banyak perkara yang perlu diselesaikan. Urusan sekolah, students sedang exam, nak key in PBS lagi (Penilaian Berasaskan Sekolah - sebagai ganti kepada PMR yang akan dimansuhkan) menyebabkan hasrat untuk membuat kek tertangguh. Akhirnya, dalam mengadap lappy sambil buat kerja sekolah, curi-curi masa juga... Resepi ini asalnya dari seorang kawan yang berasal dari Brunei. Menurut beliau, kek ini dah lama popular di sana. Resepinya dalam sukatan cawan, senang pulak nak membuatnya. Orang yang tak pakar masak mcm Sue pun boleh buat, insyaAllah... Kek ini sedang popular sekarang. Tambahan lagi tersangatlah SEDAPPP....rugi kalau tak mencuba.. Jom kita lihat resepinya. Snow Cheese Cake (sangat sedap) Oleh : Surianti Ramli resepi terbaru updated step by step cara membuat boleh tengok di sini (si...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...