Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Cucur Udang

Ini merupakan salah satu yang paling disukai anak-anak Sue dan hubby. Sue sendiri pun suka. Resepi cucur udang ni merupakan resepi allahyarham nenek Sue (di Utara, nenek dipanggil Tok). Kira warisan turun temurun lah resepi ni. Tiap kali masak cucur udang, Sue akan teringat allahyarham Tok Leha yang telah meninggalkan kami semua hampir 30 tahun yang lalu. Alfatihah....yang pergi tetap pergi, kita pun bakal menyusul. Hanya mampu mengirim doa semoga yang pergi ditempatkan bersama para solohin, insyaAllah. Ok, mari kita lihat resepinya. Cucur Udang Bahan cucur : 2 cawan tepung gandum 1 3/4 cawan air 1/2 sudu besar yis mauripan 1 mangkuk  kecil taugeh 1 ikat kucai dibersihkan dan dipotong hampir 1 inci panjang 1 sudu teh kunyit serbuk 1 sudu teh garam 1 sudu besar gula 1 mangkuk kecil udang basah (untuk diletakkan diatas cucur sewaktu menggoreng)  Cara masak cucur udang : 1. Satukan semua bahan di atas kecuali udang dan dibiarkan selama 30 minit...

Nasi Lobak Merah

Salam 18 Ramadhan, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 18 hari kita berpuasa. Hari ni Sue masak nasi lobak merah untuk dimakan dengan kurma daging. Acar buah pun ada, tapi acar buah yang ready made je (dibeli).  Dessert pulak, Sue masak agar-agar santan gula melaka. Ok, jom kita tengok resepinya. Nasi Lobak Merah Bahan-bahan : 4 cawan beras biasa (boleh juga menggunakan basmathi) 2 labu bawang besar didadu 1 kiub pati ayam 1 cawan susu cair 4 1/2 cawan air (sukatan air, sila ikut jenis beras masing-masing) 1 batang lobak merah diparut Rempah 4 sekawan 2 helai daun pandan 2 sudu besar minyak sapi (untuk tumis) Garam Gula Cara masak : 1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang didadu, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga harum baunya. 2. Masukkan beras dan goreng sekejap anggaran 5 minit. 3. Masukkan air, susu cair, parutan lobak merah, garam, gula dan kiub pati ayam. Kaedah seperti memasak nasi biasa. Sedia dihi...

Kurma Daging

Salam 18 Ramadhan, antara menu hari ini untuk dimakan dengan nasi lobak merah. Kurma Daging Bahan-bahan : 1kg daging 7 ulas bawang merah dikisar 3 ulas bawang putih dikisar 1 inci halia dikisar 3 ulas bawang merah (untuk tumis) 2 ulas bawang putih (untuk ditumis) 1 inci halia diracik (untuk ditumis) 1 bungkus rempah kurma (saya guna Adabi) dicampur sedikit air dan dijadikan pes yang pekat Rempah 4 sekawan 1 cawan santan 3 biji ubi kentang dipotong 4 bahagian setiap satu Cili hijau Air secukupnya Minyak untuk menumis 1 sudu besar air limau nipis Cara masak : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan hingga harum. 2.  Masukkan pes kurma dan masak dalam api perlahan hingga pecah minyak. 3. Masukkan daging dan rebus bersama air hingga daging empuk. 4. Masukkan air limau nipis, ubi kentang, santan dan garam secukupnya. 5.  Bila ubi kentang telah mulai empuk, masukkan cili hijau. 6. Tutupkan api dan...

Agar-agar santan gula melaka

Antara menu hari 18 Ramadhan, agar-agar santan gula melaka. Asalnya resepi ini, Sue dapat dari kawan fb Umee Nadzri  Nampak menarik bila tengok Umee post kan gambar. Rasanya sangat sedap. Tq Umee dengan resepi yang sedap ini. Agar-agar Santan Gula Melaka  Bahan-bahan : 1 paket serbuk agar-agar 1 liter air 1 1/2 ketul gula melaka Sedikit gula pasir (*Sue gunakan 3 sudu besar) 200-250 ml santan pekat - Umee guna yg dlm kotak brand Harmoni - guna satu kotak kecil  (* Sue gunakan 1 cawan santan segar) 2 biji telur ayam  Secubit garam 2 helai daun pandan Cara masak :   1. Masak 1 liter air sehingga mendidih bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan yg disimpul hingga gula larut. Kemudian larutan itu perlu ditapis. 2. Pastikan air masih 1 liter juga, kalau kurang boleh tambah air lagi sedikit asalkan 1 liter. 3. Ambil serbuk agar-agar & kacau dalam bekas yang berasingan hingga larut denga...

Puding Roti

Salam 15 Ramadhan, hari ini Sue agak busy di sekolah. Badan pun dah penat, lauk semuanya beli je. Tapi balik kerja, tengok roti gardenia dah nak sampat tarikh luput. Bulan puasa ni jarang makan roti. Kalau hari biasa, roti ni buat sarapan anak-anak sebelum pergi sekolah. Tiba-tiba terfikir nak buat puding roti. Kalau sebelum ni, Sue buat  Puding Roti Sos Kastard (klik di sini untuk resepi)  , kali ini buat puding roti je tanpa sos kastard. Sedap juga. Puding Roti Bahan-bahan : 8 keping Roti * segelas susu segar  * 4 sudu besar gula * 2 sudu besar mentega- cairkan * 2 biji Telur * 1 sudu teh esen vanilla * 1 sudu besar tepung jagung segenggam kismis hitam Cara-cara: 1. Griskan loyang, potong empat setiap keping roti. Susunkan dlm loyang. 2. Blend bahan-bahan bertanda * (lebih kurang 2minit) dan tuang ke atas roti tadi. Biarkan roti terendam 30minit. 3. Taburkan kismis diatas adunan. 4. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit ...

Sotong Tiga Rasa

Salam 14 Ramadhan 1434H. Masak apa hari ini? Sue masak sotong 3 rasa. Dah lama tak makan sotong. Nasib baik pergi pasar pagi tadi, ada sotong basah. Sempat lagi balik kerja, terus masuk dapur. Sotong Tiga Rasa Bahan-bahan : 6 ekor sotong dicuci bersih 2 sudu besar cili kisar 5 sudu besar sos cili thai (saya guna kimball) Garam Gula Bawang putih dipotong dadu (untuk  tumis) Bawang merah dipotong (untuk tumis) 1 labu bawang besar dipotong bulat 2 biji lada merah dipotong (Jika suka, boleh masukkan juga cili api) Cara masak : 1. Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya. Angkat dari kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong. 3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya. 4. Masukkan cili kisar, sos cili thai dan air sotong. Masak hingga pecah minyak. 5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 6. Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika te...

Lemon Chicken

Lemon Chicken Bahan-bahan untuk ayam : 3 keping dada ayam dicuci bersih dan dipotong kecil Bahan perap ayam : 1 labu bawang putih dipotong dadu 1 sudu besar penuh serbuk lada hitam 1 sudu besar penuh serbuk lada putih Sedikit garam Bahan salut ayam : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 2 biji telur ayam dipukul dengan garfu 1. Perap ayam bersama bahan perap  selama 30 minit atau lebih. 2. Celupkan ayam ke dalam telur. Satukan tepung gandum dan tepung jagung hingga sebati. Salut ayam dengan tepung hingga rata. 3. Gorengkan ayam hingga masak keemasan. Ketepikan. Bahan sos lemon : 1 biji buah lemon (perah untuk mendapat jusnya) 1/2 kiub pati ayam 3 ulas bawang putih dipotong dadu Air secukupnya 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah 2 sudu besar butter Garam Gula Cara masak sos lemon : 1. Cairkan butter. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan. 2. Masukkan sedikit air bersama kiub pati ...

Sawi Goreng

Antara menu hari ini, tengah ada mood memasak sejak baik,dari demam hari tu. Sawi Goreng Bahan-bahan : 2 ikat sawi  dicuci bersih dan dipotong 1 labu bawang besar dipotong bulat (saya potong baji) 1 genggam ikan bilis 1 biji lada merah dipotong 1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis (Saya guna jenama Tumix) Sedikit air Minyak untuk menumis Garam Cara masak : 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. 2. Masukkan bawang besar dan sedikit air (jangan guna banyak air kerana sawi goreng ini dimasak kering dan tanpa kuah). 3. Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis. Kacau sekejap. 4. Masukkan sawi bersama lada merah dan dikacau goreng rata. Sedia dihidang. *jangan letak terlalu banyak garam kerana ikan bilis dan serbuk pati ikan bilis telah sedia masin.

Bubur Lambuk

Salam 13 Ramadhan 1434 H, masak apa hari ini. Sue teringin nak makan bubur lambuk. Kalau diutara, disebut bubur kanji. Memandangkan bulan puasa ni, seharian perut kita kosong, memang sesuai sangat kalau berbuka kita makan bubur ni. Teksturnya bagus untuk penghadaman perut kita, tidak terlalu kenyang, sedang elok je kalau kita makan bubur lambuk ni. Kalau kekenyangan sangat pun, nanti berat nak buat solat sunat terawih pulak, kan... Bubur Lambuk Bahan-bahan : 2 cawan beras dicuci bersih 2 inci halia diracik halus* 5 ulas bawang merah (ditumbuk)* 2 batang serai dititik* 1 sudu besar penuh rempah soto serbaguna Tok Mak * (Jika tiada, boleh digantikan dengan rempah sup) 1 mangkuk kecil daging dipotong dadu kecil* Segenggam lobak masin dipotong dadu* 1/2 mangkuk udang basah 1 cawan santan pekat 10 biji lada hitam Rempah 4 sekawan* Air secukupnya Bahan untuk tumis darat : (Tumis darat bermaksud, tumis kemudian) 4 sudu besar minyak masak 5 ulas ...

Mini Murtabak

Salam 12 Ramadhan 1434H, masak apa hari ini. Sue hari ni cuba mini murtabak, ehsan resepi dari kawan facebook Sue yang memang pakar memasak  Rozilah Abdullah  . Sangat sedap rasanya, lebih sedap dari yang biasa di beli. Anda mesti cuba, cara masak dan bahannya pun mudah didapati. MURTABAK AYAM (Ehsan resepi Rozilah Abdullah) Bahan-bahan : 400 gram @ sepeket daging/ayam kisar 2 labu bawang besar } dadu 6 ulas bawang putih } 1 peket rempah kari ayam (saya guna Adabi) sedikit garam sedikit minyak  1 labu bawang besar di dadu 4 biji telur sedikit minyak Kulit popia Cara-cara : 1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yg telah didadu. 2. Biar wangi dan garing. 3. Masukkan daging/ayam kisar dan rempah kari, sedikit garam. 4. Biar kering air daging dan alihkan dari api. 5. Di dalam mangkuk lain, pukul telur bersama sebiji bawang yg di dadu. 6. Curahkan daging/ayam yg telah dimasak tadi ke dalam mangkuk telur. Gaul sebati....

Kari Kepala Ikan

Salam semua... Kalau sebut kari, memang di Penang antara menu wajib. Hubby memang suka kari, maklumlah...anak jati Penang. Sue setakat makan sekali je dengan nasi. Kalau di Penang, kari ni sebenarnya bukan setakat makan dengan nasi, boleh di cicah dengan roti putih dan roti canai. Bila dipanaskan banyak kali, kuahnya dah mula pekat, lagi sedap. Kari Kepala Ikan Bahan-bahan : 1 biji kepala ikan (Sue pakai ikan nyok nyok, mengikut istilah utara. Nama lainnya ikan mayung kalau tak salah. Kalau salah harap maaf) 1 cawan santan pekat 2 sudu besar penuh rempah kari ikan 1 sudu besar cili serbuk 5 ulas bawang merah (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 2 ulas bawang merah (dihiris untuk tumis) 2 ulas bawang putih (dihiris untuk tumis) 1 sudu besar halba campur 2 batang daun kari Bendi Buah tomato dipotong empat Air secukupnya Minyak untuk menumis Asam jawa Garam *Ikan dicuci bersih dan dikisar dengan garam kasar serta asam jawa untuk menghila...

Puding Sagu Gula Melaka

Alhamdulillah, sudah 8 hari kita berpuasa. Sue dah mula busy, kerja sekolah pun banyak. Balik kerja sampai di rumah pun dah jam 6.00 pm. Ini je yang sempat dimasak. Biasa kalau bulan tak puasa pun, Sue selalu buat puding ni..mudah disediakan dalam masa yang pendek. Resepi ni Sue dapat dari Kak Pah, senior kat tempat keje. Tq kak Pah dgn resepi ini. Puding Sagu Gula Melaka Bahan-bahan 1/2 peket sagu putih 1 cawan pati santan 1 buku gula melaka Pewarna merah  (boleh juga gunakan pewarna hijau , terpulang pada kesukaan) 2 sudu tepung beras Air secukupnya Garam Cara masak : 1. Didihkan air, masukkan sagu yang telah dicuci bersih. 2. Kacau hingga sagu mengembang dan masukkan pewarna merah. 3. Masak sebentar dalam api perlahan. 4. Angkat sagu tadi dan lalukan air pada sagu sekejap. Toskan. 5. Masukkan sagu ke dalam bekas. Ketepikan dan sagu akan mula membeku. 6. Masak santan pekat bersama 1/2 gelas air, masukkan tepung beras dan secubit garam. ...

Kuetiaw Goreng

Antara menu 8 Ramadhan, antara menu kesukaan Sue, anak2 pun suka. Yang pentingnya penyediaannya cepat. Maklumlah berkejar dengan traffic waktu balik keje, masing2 nak cepat. Cara memasak kuetiaw ni , sama seperti mee goreng basah  dalam entry Sue sebelum ini.

Laksa Penang

Salam 5 Ramadhan, menu hari ni simple je. Laksa Penang, ikut resepi mak mertua Sue. Family memang suka dengan laksa, kalau tak ada nasi pun tak apa. Sue pulak, makan setakat semangkuk je. Memang Sue agak kurang gemar jenis makanan berkuah. Makan semangkuk pun dah cukup. Nasi juga yang dicari. Itu pun yang kering tanpa kuah. Jom kita tengok bahan membuat laksa. Laksa Penang Bahan-bahan : Untuk kuah laksa :  1/2 kg ikan sardin segar dicuci bersih 2 ekor ikan gelama masam dicuci bersih 2 senduk cili kisar 5 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 batang serai* 1 senduk udang direbus* 2 inci belacan dibakar Bunga kantan Daun kesum Asam keping (saya gunakan 8 keping asam) *kuah laksa biasanya sedikit masam, terpulang pada kesukaan anda 2 liter air kosong Garam Bahan bertanda * dikisar halus Bahan sayur untuk diracik : Daun selum (boleh digantikan dengan daun salad) Daun gajus 2 labu bawang besar 1 biji timun Daun pudina (Saya...

Nasi Lemak Kukus

Agak dah jemu dengan nasi biasa, jom kita masak nasi lemak kukus pula untuk berbuka. Untuk sahur pun boleh. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak, biasanya Sue masak ikut selera anak. Kita yang dewasa ni, boleh saja makan asalkan dapat mengalas perut. Nasi lemak kukus * Nasi lemak biasa dan kukus hampir sama rasanya, bezanya adalah nasi yang dikukus lebih lembut, teksturnya lebih peroi dan rasanya lebih sedap berbanding biasa. Bahan-bahan : 4 cawan beras  1 cawan santan 3 1/2 cawan air biasa (sukatan air sila ikut sukatan beras masing-masing dan sesuaikan dengan nisbah santan sebanyak 1 cawan) 2 batang serai diketuk 1 1/2 inci halia diracik  2 helai daun pandan Garam Gula Cara masak : 1. Satukan semua bahan diatas dan dimasak dalam api sederhana hingga separuh masak  iaitu airnya hampir kering(kaedah periuk biasa) 2. Pindahkan semua nasi separuh masak tadi ke dalam periuk kukus dan dikukus selama 10 minit. 3. Siap dan sedia dihi...

Mee Goreng Basah

Salam 4 Ramadhan, antara menu hari ini... Mee Goreng Basah Bahan-bahan : 1 bungkus mee kuning Daging dipotong kecil Udang (boleh ditambah dengan sotong mengikut kesukaan) Fishball Fishcake Kicap manis 1 biji buah tomato  masak bersaiz besar dipotong dadu kecil  (sebagai ganti kepada penggunaan sos dan rasanya lebih sedap berbanding penggunaan sos) 1 sudu besar sos tiram 2 biji telur 3 ulas bawang merah (untuk tumis) 3 ulas bawang putih (untuk tumis) 2 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika suka pedas) Taugeh Kucai Sedikit air Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. 2. Masukkan cili kisar, buah tomato yang dipotong dadu, sos tiram, kicap dan air serta daging. Untuk mee basah, air perlu dilebihkan sedikit, tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi hanyut. 3. Bila telah mendidih dan daging juga telah empuk, masukkan garam serta gula. Masukkan fishbal...

Puding Jagung

Puding ni antara yang selalu Sue masak, simpan dalam peti sejuk. Sedapnya dengan rasa jagung manis. Kalau tidak suka terlalu manis, anda boleh kurangkan gulanya.  Cara memasaknya pun mudah dan cepat. Biasanya Sue memang masak yang simple, maklumlah dengan nak mengejar masa dengan kerja... Puding Jagung  Bahan-bahan : 1 tin jagung (dimesin halus) 1 tin susu cair 1 tin air 1/2 tin gula (ikut sukatan tin jagung) 1 tin tepung kastard (ikut sukatan tin jagung) Cara masak : 1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau dalam api perlahan sehingga pekat dan berkilat. 2. Masukkan dalam loyang, sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti ais. Siap.

Nasi Tomato

Salam 2 Ramadhan, berbuka apa petang ni...Sue agak kurang sihat dah 2 hari demam. Kurang selera makan, tapi atas permintaan anak-anak dan tekak sendiri yang teringin nak makan nasi tomato, gagahkan juga masak. Yang pentingnya masakan sendiri, hasil air tangan kita dan kita tahu bahan yang digunakan dan tahap kebersihan penyediaannya. Nasi Tomato Bahan-bahan : 4 cawan beras  (boleh gunakan beras biasa atau basmathi) 1 labu bawang besar dipotong dadu 1 inci halia diracik 2 helai daun pandan disimpul Rempah 4 sekawan  (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) 2 sudu besar penuh tomato puree  1/2 tin susu cair 4 1/2 cawan air  (untuk sukatan air, sila ikut sukatan jenis beras masing-masing) Garam Gula 1 ketul kiub pati ayam 2 sudu besar penuh minyak sapi Cara masak : 1. Panaskan minyak sapi.  2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya. 3. Masuk...

Ayam Masak Merah

Menu 2 Ramadhan, untuk dimakan dengan nasi tomato. Alhamdulillah... Ayam masak merah Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. 6 sudu besar penuh cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi) 10 ulas bawang merah dikisar 2 biji buah tomato dikisar 1 labu bawang besar dipotong baji 4 ulas bawang merah dihiris nipis (untuk tumis) 3 ulas bawang,putih dihiris nipis (untuk tumis) 1 inci halia diracik halus (untuk tumis) Air secukupnya Garam Gula Cara masak : 1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan kunyit. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu). 4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula. 5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak. Sedia dihidang dengan nasi...

Puding fruitcocktail

Pencuci mulut 2 Ramadhan, alhamdulillah... Puding fruitcocktail Bahan-bahan : 1 peket agar-agar serbuk (10g) 1 tin susu pekat (dicampur dengan air dan dijadikan 1 liter air susu) 1 liter air kosong ( untuk dimasak dengan agar-agar) 1 tin buah-buahan (fruitcocktail dalam tin) Gula (terpulang pada sukatan manis sendiri, tapi saya letak 5 sudu besar sahaja kerana susu pekat telah sedia manis) Cara masak : 1. Didihkan 1 liter air kosong dan masukkan sepeket agar-agar serbuk. Kacau hingga larut. Masukkan gula. 2. Masukkan 1 liter air susu.  3. Kacau sebentar dalam api perlahan. Angkat dan sejukkan hingga beku. 4. Bila puding telah beku, curahkan buah fruitcocktail keatasnya (beserta air buahnya sekali) 5. Sedap dimakan ketika sejuk. * puding ini agak lembut, sesuai dimakan menggunakan sudu.

Daging Merah

Hari ini , 1 Ramadhan hari pertama kita umat Islam berpuasa. Apa menu anda berbuka tadi ? Sahur nanti nak masak apa pula. Kadang-kadang buntu fikir menu yang sesuai dengan selera. Apa kata anda cuba resepi ini. Sedap, insyaAllah. Di masak dengan penuh kasih sayang sambil berselawat. Daging Merah Bahan-bahan : 1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk 3 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 3 ulas bawang putih dipotong dadu 1 labu bawang besar dipotong baji 1 biji lada merah di potong Daun limau 1 batang serai diketuk Garam Gula Minyak untuk menumis Air Cara masak : 1. Panaskan minyak (anggaran 5 - 6 ) sudu besar. 2. Tumiskan bawang putih bersama serai hingga naik baunya. 3. Masukkan cili, kisar,  sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tambahkan juga air. Masukkan daging serta garam dan gula secukup rasa.  4. Masukkan daun limau dan bawang besar dan cili merah. ...

Nasi Goreng Pedas

Hari ini insyaAllah hari terakhir bulan Syaaban dan esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Anda masak apa untuk sarapan? Sue cuma masak nasi goreng je. Menu sarapan terakhir sebelum bersahur esok. Bahan-bahan : 3 cawan nasi 3 biji cili merah (ditumbuk) 6 biji cili padi (ditumbuk) Sedikit belacan (ditumbuk) Secawan ikan bilis (direndam sekejap supaya lembut dan ditumbuk kasar) Sayur kacang panjang dipotong halus (terpulang pada pilihan masing-masing) 7 ulas bawang merah ditumbuk kasar Garam Kicap manis Telur 3 biji digoreng hancur Cara masak : 1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis dan digoreng hingga ikan bilis hampir garing. 2. Masukkan bawang dan cili tumbuk. Kacau sekejap hingga harum baunya. 3. Masukkan garam, sayur dan nasi. Masukkan kicap dan dikacau rata. 4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah digoreng hancur. Kacau sekejap. Tutup api. Sedia dihidang.

Ayam Panggang

Assalamualaikum, apa khabar semua. Sudah beberapa hari Sue tak update blog. Update fb je. Kerja sekolah banyak ditambah dengan pelbagai komitment (bunyi macam sibuk sangatlah ya...). Ok tak nak membebel panjang, ni antara menu sepanjang beberapa hari Sue tak update blog. Sue panggang ayam ni menggunakan pemanggang ajaib (tengah top sekarang ni dengan pemanggang ajaib ni). Simple je, boleh cuba nanti bulan puasa. Ayam Panggang Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong 5 sudu besar sos tiram* 1 labu bawang putih ditumbuk halus* 5 sudu besar kicap pekat manis* 3 sudu besar madu* ~tidak perlu garam atau gula kerana sos tiram, kicap dan madu telah cukup perisanya~ Cara Masak : 1. Ayam dicuci bersih dan direbus separuh masak. Toskan airnya. 2. Perap ayam tadi dengan bahan bertanda * selama 2 jam. (Lagi lama, lagi sedap) 3. Panggang ayam yang diperap selama 10 - 15 minit menggunakan pemanggang dalam api kecil. (Boleh juga dengan microwave) Sedap dimakan...