Salam hujung minggu, masak apa untuk dinner...jom masak makaroni bakar versi Melayu...sebab Sue panggil versi Melayu ni, adalah kerana makaroni ni dimasak menggunakan rempah kari. Kalau orang Inggeris rasanya tak makan rempah kari, makaroni diorang menggunakan sos. Jom cuba ! Makaroni bakar (versi Melayu) Bahan-bahan : 300g makaroni 200g daging cincang (Sue pakai jenama Ramlee) *boleh lebihkan kalau suka 1 tin susu cair Daun sup/daun bawang dihiris Cili merah dihiris nipis Bawang besar sebiji dicincang Rempah kari daging 3 sudu besar (bancuh dengan air sedikit) Garam Gula Cheese parut Telur 3biji dipukul dengan garfu Cara Masak : 1. Didihkan air, masukkan makaroni. Rebus sampai lembut lebih kurang 10minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang cincang. Masukkan rempah kari, daging cincang. Lembutkan daging sekejap. Masukkan garam, gula. 3. Masukkan makaroni, sus...
Bismillahirrahmanirrahim. Blog ini ditulis untuk berkongsi menu masakan harian kegemaran keluarga. Buat tatapan anak-anak dan rujukan sendiri. Juga buat anda yang sudi ziarah. Mungkin sesetengah resepi di sini cara masak dan ramuannya berbeza antara kita. Sebenarnya, tiada apa yang salah dalam resepi kerana kita masing-masing ada cara sendiri. Memasak mengikut kreativiti tanpa memandang rendah hasil dari orang lain. Jom masak ! Bermulanya perjalanan blog, 16 Jun 2013...