Thursday, July 11, 2013

Puding fruitcocktail

Pencuci mulut 2 Ramadhan, alhamdulillah...


Puding fruitcocktail

Bahan-bahan :

1 peket agar-agar serbuk (10g)
1 tin susu pekat (dicampur dengan air dan dijadikan 1 liter air susu)
1 liter air kosong ( untuk dimasak dengan agar-agar)
1 tin buah-buahan (fruitcocktail dalam tin)
Gula (terpulang pada sukatan manis sendiri, tapi saya letak 5 sudu besar sahaja kerana susu pekat telah sedia manis)

Cara masak :

1. Didihkan 1 liter air kosong dan masukkan sepeket agar-agar serbuk. Kacau hingga larut. Masukkan gula.
2. Masukkan 1 liter air susu. 
3. Kacau sebentar dalam api perlahan. Angkat dan sejukkan hingga beku.
4. Bila puding telah beku, curahkan buah fruitcocktail keatasnya (beserta air buahnya sekali)
5. Sedap dimakan ketika sejuk.

* puding ini agak lembut, sesuai dimakan menggunakan sudu.

No comments:

Post a Comment