Monday, May 28, 2018

Cucur Jagung yang kekal lembut walaupun sejuk

Bismillahirrahmanirrahim,
Sedapnya cucur jagung, kan.. cicah dengan sos cili pun sedap. Jom kita lihat resepi cucur jagung yang kekal lembut walaupun setelah sejuk.



Cucur Jagung

Oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dadu kecil)
1 tangkai daun sup/daun bawang (hiris)
1 tangkai cili merah (dadu kecil)
1 tongkol jagung hiris ambil isinya
1 mangkuk kecil udang
Garam
Gula (terpulang kalau tak mahu letak)
Kunyit serbuk
1 1/4 cawan air suam

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan, gaul sebati . Biar anggaran 10-15 minit & boleh digoreng dalam minyak yang panas.

1 comment: