Friday, March 13, 2015

Nasi Ayam Karamel

Hidangan hari Jumaat, cukuplah nasi ayam kegemaran kami sekeluarga. Lagi pun hari Jumaat ni, sekolah Sue masuk awal. Masak pun yang cepat je. Sedap tau nasi ayam karamel ni. Jangan risau, bila dah masak, tak terasa pun manis gula tu.



Nasi Ayam Karamel
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :

Ayam Karamel
1 ekor ayam (boleh buat seekor terus atau pun boleh juga dipotong kecil(
2 senduk gula pasir
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam)
-masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2 jam tadi). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi.

Kicap
1 cawan air rebusan ayam karamel
1/4 cawan kicap
1 sk sos tiram
-masak sekejap atas api hingga mendidih.

Sos Cili
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sb sos tomato
1/2 inci halia
1 sk cuka
Sedikit air
Garam/gula secukup rasa
-satukan semua bahan di atas (kecuali garam/gula), kisar halus. Masak di atas api hingga didih. Masukkan garam/gula secukup rasa.

Nasi
4 pot beras dicuci bersih dan ditoskan
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 labu bawang besar dikisar halus
1 kiub pati ayam
1 sb sos tiram
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 helai daun pandan
2 sb mentega
Garam secukupnya
5 1/2 cawan air
*sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami jenis keras sedikit.
-masukkan semuanya dalam periuk nasi dan masak seperti memasak nasi biasa. Siap. (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga)

Bahan tambahan lain :
-sup ayam
-sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment