Friday, October 24, 2014

Ayam Goreng Tomyam hidangan yang ringkas tapi sedap

Biasanya kalau hari yang berkejar dengan masa, Sue akan masak yang ringkas sahaja. Jenis yang bergoreng. Salah satu menunya adalah seperti hari ini, Ayam Goreng Tomyam. InsyaAllah sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga.


Ayam Goreng Tomyam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan ;
4 kepingbahagian dada ayam dipotong kecil (atau bahagian lain, tapi ambil isinya sahaja)
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong
1 biji lada merah - dipotong
1 biji buah tomato dibelah 4 bahagian
1 ketul kiub tomyam
2 sudu besar sos tiram
Sayur-sayuran seperti bunga kobis, kacang panjang dll yang sesuai
Sedikit air
Daun limau secukupnya
Secubit garam
Minyak masak

Cara penyediaan ;
1. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga hampir masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama (buang sedikit minyak tadi jika banyak), tumiskan bawang putih dan serai hingga harum.
3. Masukkan kiub tomyam bersama sedikit air. Didihkan.
4. Masukkan sos tiram serta secubit garam dan juga isi ayam. Biarkan hingga air hampir kering, barulah dimasukkan sayur-sayuran. kacau sekejap.
5. Masukkan daun limau, bawang besar dan lada merah dan buah toamato. Kacau  goreng hingga rata.

Sedia dihidang.




1 comment: