Monday, September 1, 2014

Sheperd Pie in da house

Apa kata minum petang hari ni, kita masak sheperd pie. Dulu-dulu Sue tak tahu masak, tapi memandangkan anak-anak memang suka sangat makanan western ni, terpaksalah emaknya belajar masak. Senang je cara membuatnya, sesiapa pun boleh buat. Sue masak cara yang simple je.

Sebelum dibakar

Selepas dibakar


Sheperd Pie
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A
1kg kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk
1/2 cawan susu segar
2 sb butter
-lenyekkan kentang rebus hingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan.

Bahan B
400g daging kisar
1 biji bawang holland didadu
2 sb serbuk lada hitam
1/2 botol besar sos Prego (Italian Pasta Sauce - Mushroom)
2 sb butter untuk menumis
1 sb mixed herbs
1 sb oregano
Sedikit garam dan gula
Cheese parut mozarella (untuk tabur)
-cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos prego, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregano. Kacau rata. Tutupkan api.

Cara penyediaan :
1. Ambil sedikit bahan A iaitu campuran kentang dan lapiskan nipis pada dasar loyang.
2. Lapisan kedua diletakkan bahan B iaitu inti daging.
3. Lapisan ketiga, letakkan bahan A. Tabur bahagian atas sekali dengan cheese parut.
4. Panaskan ketuhar, bakar 180'C selama 30 minit (masa dan suhu adalah mengikut jenis ketuhar masing-masing).




No comments:

Post a Comment