Monday, August 25, 2014

Jom kita breakfast dengan sandwich sardin

Dah lama Sue tak sarapan dengan sandwich sardin. Dulu, kalau buat sendiri, rasanya biasa-biasa je. Tapi selepas makan sandwich ikut cara sahabat Sue, sedap sangat ! Mungkin ada yang tertanya, eh...sandwich pun nak kena letak resepi ke ? Lain orang, lain caranya. Jom kita lihat.


Sandwich Sardin
Sumber : Zulaifha Hassan
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
Roti gardenia
1 tin sardin (asingkan ikan dan kuahnya & isi ikan dihancurkan)
1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Mayonais    
Mentega  
Sedikit garam
Daun salad                                   Buah tomato (potong nipis)
Timun (potong nipis)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu.
2. Masukkan isi ikan sedikit garam. Jika terlalu kering, masukkan 1 sudu besar kuah sardin.
3. Kacau hingga masak.
4. Perahkan limau dan gaul rata. Tutup api. Ketepikan.
5. Sapu permukaan roti dengan mentega.
6. Letakkan isi sardin diseluruh permukaan roti.
7. Lapiskan dengan salad, timun dan tomato.
8. Ambil sekeping lagi roti dan sapu permukaannya juga dengan mentega. Lapiskan dengan sapuan mayonis.
9. Letakkan diatas roti yang telah tersedia dengan sardin dan sayur tadi (seperti gambar di atas).

Sedia dihidang. Sedap !
Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment