Wednesday, July 2, 2014

Bingka Jagung resepi yang sedap

Hasil jalan-jalan ke dapur Yatie Memories, Sue pun mencuba resepi dari Yatie. Memang mudah dan sedap. Dah lama sebenarnya Sue teringin sangat nak makan bingka jagung. Akhirnya dapat dari dapur Yatie. Sesuai sangatlah untuk kita yang tercari-cari resepi yang ringkas dan sangat praktikal terutamanya kita yang mengejar masa. Jom kita cuba.



Bingka Jagung - (sumber : Yatie Memories)

Bahan-Bahan(loyang 9x9 inci) :
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telor
secubit garam
1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. (Sue tak letak bijan waktu awal, bakar dulu selama 15 minit & keluarkan adunan barulah Sue tabur bijan diatasnya)
 Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

#memang sedap resepi Yatie. Terimakasih untuk perkongsian.

1 comment:

  1. assalamualaikum sue.. tkasih banyak.. Nak raikan husband yg dah siap posanam harini.. in syaa allah..

    ReplyDelete