Sunday, August 4, 2013

Home made pizza untuk sahur

Bila dah hujung-hujung Ramadhan ni, selera anak-anak pun makin kurang time sahur. Pizza ni asalnya Sue masak malam tadi dalam pukul 10 . Dapat buat tiga biji dalam tray yang berukuran 12inci. Dua biji anak-anak terus makan sebaik saja masak, lagi sebiji time sahur. Bahan-bahan semua memang ada, terus buat. Ini pun satu dari favourite anak-anak juga. Kalau anda tidak mempunyai breadmaker untuk menguli, jangan bimbang. Boleh uli menggunakan tangan je. InsyaAllah jadi. Untuk topping kat atas pizza tu, terpulang pada citarasa anda atas kreativiti masing-masing.



Pizza

Untuk doh roti :
500g tepung high protein (boleh beli di kedai menjual bahan untuk kek/biskut)
1 peket Yis mauripan
1  1/2sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 cawan minyak jagung
Air secukupnya

Satukan semua bahan diatas dan diuli hingga menjadi doh. Jika keras, sila tambahkan air. (Tapi jangan jadi cair seperti membuat cucur udang) Doh direhatkan hingga naik mengembang sekali ganda dalam bekas bertutup selama 30 - 40 minit.

Untuk Topping :
1 mangkuk daging cincang (atau ayam di potong dadu)
4 batang sosej dihiris nipis
Nanas di potong kecil
1 labu bawang holland dipotong dadu
1/2 tin Sos prego
2 biji buah tomato dipotong dadu
1/2 biji capsicum dipotong dadu
2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol di pasaraya)
Cheese parut
2 sudu besar butter
Air secukupnya
Garam, gula

Cara masak sos topping :
Cairkan butter, tumiskan bawang holland bersama buah tomato yang dipotong dadu hingga naik baunya. Masukkan sos prego, daging cincang dan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Masukkan garam dan gula. Akhir sekali taburkan daun oregano. Ketepikan.

Griskan mentega pada dulang, ambil doh dan ditumbuk untuk mengeluarkan angin. Ambil sedikit doh tadi dan di ratakan dalam dulang. Bakar selama 10minit dalam suhu 150'C. Keluarkan dari ketuhar dan diletakkan sos topping. Taburkan hirisan sosej, hirisan nanas, capsicum dadu dan cheese parut. Bakar semula selama 20minit dalam suhu 150'C.

Siap

Out dulu pergi membeli barang untuk buat biskut raya..

No comments:

Post a Comment