Wednesday, July 17, 2013

Puding Sagu Gula Melaka

Alhamdulillah, sudah 8 hari kita berpuasa. Sue dah mula busy, kerja sekolah pun banyak. Balik kerja sampai di rumah pun dah jam 6.00 pm. Ini je yang sempat dimasak. Biasa kalau bulan tak puasa pun, Sue selalu buat puding ni..mudah disediakan dalam masa yang pendek. Resepi ni Sue dapat dari Kak Pah, senior kat tempat keje. Tq kak Pah dgn resepi ini.


Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan
1/2 peket sagu putih
1 cawan pati santan
1 buku gula melaka
Pewarna merah
 (boleh juga gunakan pewarna hijau , terpulang pada kesukaan)
2 sudu tepung beras
Air secukupnya
Garam

Cara masak :
1. Didihkan air, masukkan sagu yang telah dicuci bersih.
2. Kacau hingga sagu mengembang dan masukkan pewarna merah.
3. Masak sebentar dalam api perlahan.
4. Angkat sagu tadi dan lalukan air pada sagu sekejap. Toskan.
5. Masukkan sagu ke dalam bekas. Ketepikan dan sagu akan mula membeku.
6. Masak santan pekat bersama 1/2 gelas air, masukkan tepung beras dan secubit garam. Masak dalam api perlahan hingga jadi pekat. 
7. Curahkan perlahan-lahan ke atas sagu tadi.
8. Biarkan ianya sejuk dan beku. Ketepikan dan simpan didalam peti sejuk.
9. Masak gula melaka bersama segelas air hingga gula hancur dan mendidih.

Cara makan puding :
Sendukkan puding sagu bersama lapisan santan. Curahkan sedikit air gula melaka. Sedap dimakan ketika sejuk.


No comments:

Post a Comment