Friday, July 19, 2013

Kari Kepala Ikan

Salam semua...
Kalau sebut kari, memang di Penang antara menu wajib. Hubby memang suka kari, maklumlah...anak jati Penang. Sue setakat makan sekali je dengan nasi. Kalau di Penang, kari ni sebenarnya bukan setakat makan dengan nasi, boleh di cicah dengan roti putih dan roti canai. Bila dipanaskan banyak kali, kuahnya dah mula pekat, lagi sedap.


Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan :
1 biji kepala ikan (Sue pakai ikan nyok nyok, mengikut istilah utara. Nama lainnya ikan mayung kalau tak salah. Kalau salah harap maaf)
1 cawan santan pekat
2 sudu besar penuh rempah kari ikan
1 sudu besar cili serbuk
5 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang merah (dihiris untuk tumis)
2 ulas bawang putih (dihiris untuk tumis)
1 sudu besar halba campur
2 batang daun kari
Bendi
Buah tomato dipotong empat
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Asam jawa
Garam

*Ikan dicuci bersih dan dikisar dengan garam kasar serta asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Biar selama 15minit dalam rendaman garam dan asam jawa tadi. Cuci bersih sekali lagi.

*rempah kari ikan dan serbuk cili dicampur dengan bawang kisar dan sedikit air hingga menjadi paste yang pekat.

Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari hingga harum dan kekuningan. Masukkan halba campur. Kacau sekejap.
2. Masukkan paste rempah kari dan cili serbuk. Masak dalam api perlahan hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
3. Masukkan kepala ikan (Sue campurkan juga dengan isi ikan). Balik-balikkan ikan dalam rempah sekejap supaya rempahnya menyerap masuk. Angkat kepala ikan tadi dan ketepikan.
4. Masukkan santan pekat bersama sedikit air, sedikit air asam jawa dan secubit garam. (Air asam jawa jangan terlalu banyak, nanti kuahnya masam)
5. Masak hingga mendidih, barulah dimasukkan kembali kepala ikan tadi. Biarkan dalam api perlahan hingga kepala ikan masak.
6. Masukkan bendi. Didihkan sekejap. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus matikan api.

Sedia dihidang



No comments:

Post a Comment