Saturday, July 13, 2013

Nasi Lemak Kukus

Agak dah jemu dengan nasi biasa, jom kita masak nasi lemak kukus pula untuk berbuka. Untuk sahur pun boleh. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak, biasanya Sue masak ikut selera anak. Kita yang dewasa ni, boleh saja makan asalkan dapat mengalas perut.


Nasi lemak kukus

* Nasi lemak biasa dan kukus hampir sama rasanya, bezanya adalah nasi yang dikukus lebih lembut, teksturnya lebih peroi dan rasanya lebih sedap berbanding biasa.

Bahan-bahan :
4 cawan beras 
1 cawan santan
3 1/2 cawan air biasa (sukatan air sila ikut sukatan beras masing-masing dan sesuaikan dengan nisbah santan sebanyak 1 cawan)
2 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia diracik 
2 helai daun pandan
Garam
Gula

Cara masak :

1. Satukan semua bahan diatas dan dimasak dalam api sederhana hingga separuh masak  iaitu airnya hampir kering(kaedah periuk biasa)
2. Pindahkan semua nasi separuh masak tadi ke dalam periuk kukus dan dikukus selama 10 minit.
3. Siap dan sedia dihidang dengan sambal.

No comments:

Post a Comment