Tuesday, August 23, 2016

Pulut Durian sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Rezeki selepas hujan, durian kampung yang sangat sedap. Pemberian dari seorang kawan hubby semalam. Alhamdulillah.


Pulut Durian
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
Bahan utama -durian
Kaedah memasak pulut :
Kaedah 1 (cara rice cooker)
4 cawan beras pulut
4 cawan air
2 sb minyak masak
-masukkan beras pulut, air dan minyak dalam rice cooker, on plug dan masak seperti kita memasak nasi biasa.
Kaedah 2 (cara periuk biasa)
-didihkan air dalam periuk, anggaran setengah periuk. Lebih pun tidak mengapa. Masukkan pulut. Kacau rata dan biar hingga mendidih anggaran 5 - 7 minit. Tuangkan airnya hingga air jadi separas pulut. Perlahankan api. Tunggu hingga masak dan gembur dengan senduk kayu.
Kuah Santan
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air biasa
2 sb tepung beras
2 sudu besar gula
Secubit garam
-satukan air biasa dan tepung beras, kacau sebati. -campurkan semua bahan dan sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutupkan api.
Cara hidang : Sendukkan pulut dan durian secukupnya. Curah sedikit kuah santan. Sedia dimakan. Yummy !
*kalau ada yang tak makan durian, boleh gantikan dengan mangga.
*kebetulan jadi rajin sikit ambil banyak gambar hihi..





2 comments: