Wednesday, December 23, 2015

Kari Ayam Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim...
Masak yang mudah, kegemaran keluarga. Alhamdulillah..kari tanpa santan, sedap juga disamping dapat menjaga kesihatan. Anda mesti cuba ya..

Kari Ayam Tanpa Santan
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong kecil
2 peket kecil rempah kari (Sue guna Babas)
1 sb kunyit serbuk
Rempah 4 sekawan
1 labu bawang besar dimayang (untuk tumis)
Daun kari
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan kisar
1 labu bawang besar
halia sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih
Bahan lain
Ubi kentang
Buah tomato
Cili merah
Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan. Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi.
2. Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan tudung. Masak hingga pecah minyak.
4. Tambahkan air, kentang dan garam. Tutupkan tudung periuk semasa proses ini. Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato.
5. Kacau sebati dan terus matikan api.
Sedia dihidang.


1 comment: