Sunday, May 5, 2019

Nasi Goreng Cina Seri-Aji yang sangat mudah dan sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Mudahnya memasak nasi goreng menggunakan Perencah Nasi Goreng Cina Seri-Aji®. Tak perlu kopek bawang atau remeh dengan penyediaan pelbagai sos. Hanya taburkan perencah ke dalam nasi goreng. Bukan sekadar menjimatkan masa, malah rasanya yang sangat sedap pasti memenuhi selera keluarga.
.
Boleh dijadikan salah satu menu untuk bersahur yang sangat cepat dan ringkas penyediaannya. Dengan tambahan kurma yang mempunyai pelbagai khasiat dan dapat memberi tenaga sepanjang hari.


.
Nasi Goreng Cina Seri Aji
Cadangan hidangan : 4-5 hidangan
🎬@surianti_Kitchen
.
Bahan-bahan :
🔵6 sudu besar minyak masak
🔵200 g isi ayam, dipotong kecil
🔵15 ekor udang
🔵50 g lobak merah, dipotong dadu
🔵50 g kacang panjang, dipotong kecil
🔵2 biji telur
🔵4 cawan nasi putih
🔵1 paket Seri Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26 g
🔵5 biji kurma, buang biji dan potong kecil
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ayam, udang, sayuran dan telur.
3. Tambahkan nasi dan taburkan 1 peket Seri Aji Perencah Nasi Goreng Cina 26 g.
4. Gorengkan hingga sekata.
5. Taburkan dengan kurma, kacau goreng hingga sebati. Hidangkan ketika panas.
.
Kepada semua follower @surianti_kitchen, jangan lupa sertai SERI-AJI®️ Peraduan Beli & Menang. Nilai hadiah melebihi Rm10,000 untuk dimenangi !

Beli mana-mana SERI-AJI®️ Perencah Nasi Goreng bernilai RM3 ke atas di dalam resit tunggal dalam tempoh peraduan.  

Ambil gambar bungkusan SERI-AJI®️ Perencah Nasi goreng berserta bukti pembelian dalam sekeping gambar. 

Layari http://www.ajinomoto.com.my/sahurcontest, isikan borang dan muat naik gambar tersebut. 
Tempoh : 25th MAC 2019 – 5th  JUN 2019

Tertakluk kepada terma dan syarat. 
.
#jendeladapursurianti #foodblogger #foodies #foodporn #chinesefriedrice 

#SERIAJI #NASIGORENG #RESIPIASLILENGKAP #RESIPISEDAP #RESIPIMUDAH #JUADAHBERBUKA #SAHUR #PERENCAHNASIGORENG

Spaghetti Aglio Olio paling sedap

Bismillahirahmanirrahim,
.
Spaghetti Aglio Olio
(bermaksud “Spaghetti [with] garlic and oil") , serius sedap pada kami sekeluarga.
Kalau ada parmesan cheese, lagi sedap ditabur di atasnya. Kali ini stok parmesan cheese kehabisan pula, pun masih sedap juga.
.


.
Bahan A
🔵1/2 pek spaghetti Adabi (250 g)- rebus hingga lembut dalam air mendidih, toskan
🔵1 sudu besar garam
🔵2 sudu besar minyak zaiton
🔵Air (anggaran separuh periuk)
.
Bahan B
🔵5 sudu besar minyak zaiton
🔵3-5 ulas bawang putih
🔵1/2 cawan air rebusan ayam (kalau tiada, ambil 1 kiub pati ayam , larutkan dengan air jadikan 1/2 cawan)
🔵300 g udang
🔵Garam (secukup rasa)
🔵2 sudu besar chilli flakes (boleh tambah jika suka lagi pedas)
🔵1/2 sudu besar lada hitam serbuk
🔵Buah tomato ceri
🔵Daun parsley segar dihiris , jika tiada gunakan parsley kering - anggaran 3 tangkai
.
Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga harum.
2. Masukkan air rebusan ayam bersama udang.
3. Masukkan garam, chilli flakes dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih sedikit. 
4. Masukkan spaghetti dan daun parsley. Kacau goreng hingga sebati. 
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri. Kacau rata. Siap !



Bingka Tepung Beras resipi mudah kuih warisan orang lama


Bismillahirrahmanirrahim,
.
Bingka Tepung Beras (atau dikenali juga sebagai Bengkang Tepung Beras di utara), kuih tradisional Melayu yang sedap dan harum dengan bahagian di atasnya garing.
Kali ini buat lembut macam orang tua dulu-dulu buat (kena hati-hati waktu potong).
.



Bingka Tepung Beras (loyang 8x8 inci)
@surianti_kitchen
.
Bahan-bahan :
🔵240 g tepung beras (saya pakai cap teratai)
🔵70 g tepung Hoen Kwe (dijual di pasaraya)
🔵150 g gula pasir
🔵Secubit garam
🔵1500 ml santan (saya perah santan dari 2 biji kelapa dan campur dengan air dan sukat jadi 1500 ml)
.
Cara penyediaan :
🔵Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapis.
🔵Masak atas api perlahan hingga tekstur jadi sedikit pekat.
🔵Sapu loyang 8x8 inci dengan sedikit minyak.
🔵Curahkan adunan tadi.
🔵Panaskan oven selama 10 minit.
🔵Bakar kuih pada suhu 180’C selama 50-1 jam.
.
🛑Penting : biarkan kuih betul-betul sejuk selepas 4 atau 5 jam baru dipotong kerana semasa kuih masih panas, teksturnya masih lembut. Ingat tau ✌️


Ayam Goreng Berempah yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,



Ayam Goreng Berempah (Spiced Fried Chicked)
.
Bahan-bahan (Ingredients) :
🔵1 kg ayam (1 kg chicken)
🔵1 sudu besar rempah kari (1 tbsp curry powder)
🔵1 sudu besar cili serbuk (1 tbsp chilli powder)
🔵Garam secukup rasa ( Salt to taste)
🔵Daun kari (curry leaves)
🔵Minyk masak (cooking oil)
.
Bahan kisar (Blended Ingredients) :
🔵3 biji bawang merah (3 shallots)
🔵3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
🔵1 inci halia (1 inch ginger)
🔵3 batang serai (3 lemongrass)
🔵1 sudu besar ketumbar (1 tbsp coriander seed)
🔵1 sudu besar jintan manis (1 tbsp fennel seed)
.
Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan (kecuali ayam, daun kari dan minyak masak) gaul hingga sebati.
2. Gaulkan pada ayam dan perap antara 2-4 jam.
3. Sedia digoreng dalam minyak yang panas. Bila ayam hampir garing, boleh ditaburkan daun kari. Kacau rata dan boleh diangkat. 

Tips :
🍀Perap lebih lama supaya lagi sedap dan rempahnya meresap ke dalam ayam
Boleh tambahkan 3-4 sudu tepung beras ke dalam bahan perapan
Api menggoreng ayam mesti sentiasa dikawal untuk mengelakkan ayam cepat hangus