Tuesday, February 2, 2016

Kek buah Kukus yang sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Memenuhi permintaan kawan2 yang meminta Sue share kan resepi kek buah kukus,. 
Bahagian dasar/bawah kek





Kek Buah Kukus
Oleh : Surianti Ramli
http://www.jendeladapursurianti.blogspot.my
Bahan A
300 gm gula pasir
60 ml air panas
250 gm butter
1 sb susu pekat
1 sb oren sunquick
400 gm mixfruit
- masak gula hingga cair keperangan, masukkan air panas perlahan-lanan.
-masukkan butter dan biarkan butter cair.
-masukkan susu pekat, oren sunquick & mixfruit. Kacau sebati, matikan api dan biar hingga sejuk. Ketepikan.
Bahan B (ayak)
350 gm tepung gandum
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk cinnamon powder
-satukan semua bahan B dan ayak. Ketepikan. (Semua bahan B ini boleh dibeli dikedai peralatan kek).
Bahan C
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila.
- pukul bahan ini dengan mixer hingga benar-benar kembang.
Cara :
-Satukan Bahan B (bahan ayak) ke dalam Bahan A. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu.
-Tuangkan Bahan C (adunan telur) ke dalam bahan-bahan di atas. Kacau sebati juga dengan senduk kayu.
-Griskan loyang 8inci x 8inci, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuang adunan ke dalam loyang.
-Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu, tutup loyang adunan kek dengan aluminium foil (atau jika tiada, balut tudung periuk kukus dengan kain) dan kukus selama 4 jam.
-Bila tamat masa mengukus, sebaiknya kek dibiarkan hingga keesokannya barulah dipotong untuk tekstur yang lembab dan tidak berderai. Jangan sesekali potong semasa kek masih panas.
Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment