Friday, August 21, 2015

Congo Bar kesukaan ramai, resepi terbaik

Mudah saja cara membuat Congo Bar ni sebenarnya.. Kalau guna mixer, hanya mix sedikit saja tidak seperti kek. Kalau sekadar guna whisk pun boleh. Rasanya sedap, tidak terlalu manis kerana penggunaan gula perang ditambah dengan choc chip, kekacang almond di bahagian dalamnya dan bahagian atas.
Banyak kali juga Sue buat atas permintaan kawan-kawan tempat kerja..alhamdulillah, semua cakap sedap. Rasanya diantara kek dan biskut..mesti cuba..Memang yummy !

Selepas bakar, biarkan sekejap hingga suam dalam loyang.

Setelah agak suam, bolehlah dipotong.


Masukkan dalam papercup untuk cantik. Kalau tak masuk dalam papercup pun boleh juga.



Congo Bars
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
315g tepung superfine* 
2 st baking powder*
(satukan * dan ayak)
Secubit garam
150g butter
220g gula perang
3 biji telur gred A
1 st esen vanilla
1 cawan choc chip
1/2 cawan walnut
1/2 cawan almond nib

Hiasan (tabur di atas)
-Choc chip
-Almond slice

Cara penyediaan :
1. Pukul gula dan butter hingga kembang.
2. Masukkan telur 1 per 1 sambil dipukul bersama esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik.
4. Masukkan almond nib, walnut dan choc chip sambil dikacau lagi.
5. Griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris lagi. (Saya guna loyang 10in x 10in)
6. Ratakan adunan. Tabur bahan hiasan.
7. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit (sila ikut suhu oven masing) sehingga masak.

Nota :
-congo bars ini nipis je setebal 1 inci (tak setebal kek)
-rasa congo bars ini diantara kek dan biskut.
-potong setelah suam/sejuk.


Versi banyak kekacang dan choc chip



No comments:

Post a Comment