Monday, September 29, 2014

Roti Sarang Lebah yang terkenal di alam maya

Sebenarnya Sue kerap buat roti ni. Family Sue memang sangat suka akan rasanya yang lembut bak kapas. Sosnya pulak aduhaiiii. Butterscotch sauce namanya. Memang sedap sungguh.
Selain dari masak untuk family, Sue bawa juga ke tempat kerja untuk dimakan bersama kawan-kawan. Memang mendapat feedback yang baik. Kawan-kawan Sue pun sangat sukakannya. Alhamdulillah....
Ini resepi asalnya, dari Lydia Honey yang tinggal di Kuwait. Lydia uli menggunakan tangan sahaja. Tapi hasilnya sangat baik.



Ini pula cara Sue. Memang Sue ikut sepenuhnya bahan yang Lydia gunakan. Hanya, Sue uli menggunakan mixer kerana tangan Sue tak kuat dan cepat lenguh.

Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah
Resepi Asal : Lydia Honey
Dicuba oleh : Surianti Ramli

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air

Cara-cara :
-jika menggunakan breadmaker, masukkan bahan cair dulu diikuti bahan kering.
-jika menggunakan mixer, masukkan bahan kering dulu diikuti bahan basah.
*Uli hingga doh menjadi licin dan kenyal.
Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup.
Bila doh sudah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar guli dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh sedikit lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik, panaskan oven anda. Masa pembakaran dan suhu bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
*Sue bakar pada suhu 180' selama 22 minit.
Keluarkan dari oven dan terus sapukan mentega di atasnya. Tuangkan butterscotch sauce.
Sedia untuk dihidangkan.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah)
1/2  cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
-Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla essence dan bila semuanya sebati, matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.






No comments:

Post a Comment