Saturday, August 2, 2014

Kuah Kacang untuk dimakan bersama Ketupat Nasi

Kuah kacang ni, sesuai juga dimakan dengan sate. Dulu sebelum ada blog masak, Sue biasanya menggunakan dua resepi untuk membuat kuah kacang. Satu darinya kuah kacang versi Kelantan yang menggunakan santan. Lagi satu adalah resepi kuah kacang versi Jawa tanpa menggunakan santan. Kali ini, kita masak style Jawa. Cewahhhh...macam confident je yer...jom kita lihat orang utara masak kuah kacang versi Jawa. Masak dengan ikhlas, penuh kasih sayang sambil berselawat. InshaaAllah... Sedap !


Kuah Kacang
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg kacang tanah digoreng bersama 3 sudu minyak masak
(Tumbuk kasar kacang tanah setelah sejuk, tak perlu dibuang kulitnya)

Bahan kisar :
20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
20 ulas bawang merah (kalau bawang agak besar, cukup hanya 15 ulas sahaja)
2 inci halia

Bahan lain :
3 batang serai dititik
1 mangkuk air asam jawa
1 senduk gula melaka
3 senduk minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak masak. Tumis serai yang telah dititik hingga harum baunya. 
2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga cili telah betul masak. 
3. Masukkan air asam jawa dan kacang yang telah ditumbuk. 
4. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
5. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
6. Sedia dihidang.

* kuah kacang akan semakin menjadi pekat setelah dimasak kerana semakin lama, kacang akan mengembang. Jika setelah api di padamkan dan kuah kacang anda masih cair, ada petua dari seorang sahabat Sue, hancurkan beberapa keping biskut cream cracker dan masukkan ke dalam kuah. Masak sekejap lagi hingga kuahnya pekat. Anda boleh cuba cara ini.

Jemput makan...bismillahirrahmanirrahim.


No comments:

Post a Comment