Saturday, August 2, 2014

Ketupat Palas wajib di utara

Memang betul. Kalau hari raya di utara, wajib ada ketupat pulut yang di balut dengan daun palas. Setiap rumah pun memang ada hidangan ini. Sedap dimakan terutamanya dengan kari daging. Makan dengan rendang pun sedap juga. Ada versi ketupat yang dicampur dengan kacang atau jagung. Ada juga ketupat pulut hitam. Tapi kali ini, Sue buat ketupat pulut biasa. Kalau allahyarham nenek dulu, selain dari balut menggunakan daun palas, juga balut menggunakan daun pandan. Wangi....

Sebelum di rebus


Selepas direbus


Sedia dihidang. Yummy !


Ketupat palas
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 1 jam. Toskan.
2 cawan santan pekat*
2 cawan santan cair*
2 sudu besar mentega*
1 sudu besar gula*
1 sudu besar garam*
Daun palas secukupnya, dibuka  lebih awal untuk memudahkan proses membalut

Cara penyediaan :
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.
2. Masukkan beras pulut dan sentiasa dikacau supaya permukaan periuk tidak hangit.
3. Kacau hingga kering. Tutup tudung periuk.
4. Perlahankan api dan biarkan anggaran 3 - 5 minit. Kacau lagi dan tutupkan api.
5. Beras pulut memang separuh masak kerana selepas balut nanti, kita akan merebus lagi.
6. Balut dengan daun palas hingga habis.
# Sue tak sempat snap gambar waktu proses membalut, maklumlah sebelah tangan membalut, nak pegang kamera pun tak boleh. Di bawah ini nanti, Sue sertakan gambar ehsan dari google cara untuk membalutnya.

Cara merebus ketupat palas :
Alas dasar periuk dengan daun palas dan beberapa helai daun pandan. Bertujuan untuk mengelakkan permukaan periuk menjadi hangit. Susun ketupat palas di atas daun tadi. Masukkan air hingga paras permukaan ketupat. Tutup tudung periuk dan rebus anggaran 30 - 40 minit. Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama kari daging atau rendang. 
*petua supaya ketupat ini tidak bertukar kekuningan, semasa proses merebus, jangan buka tudung periuk kerana asap dari api akan menukar warna asal pulut.

Cara membalut ketupat palas, gambar ehsan dari google.




No comments:

Post a Comment