Thursday, July 10, 2014

Nasi tomato mudah dan sedap untuk berbuka

Antara menu wajib kami sekeluarga, nasi tomato. Kalau hari biasa pun memang hubby paling suka makan. Bila dah hari ke 11 puasa, buntu tak tahu nak masak apa, teringat nasi tomato. Ini lah hasilnya.


Nasi Tomato

Bahan-bahan :
4 cawan beras
 (boleh gunakan beras biasa atau basmathi)
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 inci halia diracik
2 helai daun pandan disimpul
Rempah 4 sekawan 
(bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 sudu besar penuh tomato puree 
1/2 tin susu cair
4 1/2 cawan air 
(untuk sukatan air, sila ikut sukatan jenis beras masing-masing)
Garam
Gula
1 ketul kiub pati ayam
2 sudu besar penuh minyak sapi

Cara masak :

1. Panaskan minyak sapi. 
2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya.
3. Masukkan tomato puree dan kiub pati ayam. Kacau sebentar.
4. Masukkan beras dan dikacau goreng anggaran 5 minit.
5. Masukkan air, susu cair, garam dan gula.
6. Tutupkan api,dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Masak seperti memasak nasi biasa.
7. Bila nasi telah masak, boleh ditambahkan kismis atau biji gajus jika suka.
8. Sedia dihidang dan ditabur bawang goreng.




No comments:

Post a Comment