Friday, April 25, 2014

Sarapan cokodok yang gebu dan sedap

Assalam & selamat sejahtera semua...
Nampaknya aktiviti berblog terpaksa dikurangkan kerana kekangan masa. Kerja sekolah semakin bertambah. Banyak berlaku hal-hal yang merintangi sejak kebelakangan ini. Apa nak buat, lumrah manusia.. ada pasang surutnya.
Sue pun tak dapat berceloteh panjang. Anda sarapan apa hari ini ? Sue buat cokodok je. Makan panas-panas dengan teh o. Sedapnya lah cokodok ni. Gebu dan pendek kata, sedaplah. Jangan tak tahu, ada orang yang tak tahu cara masak cokodok walau pun simple je sebenarnya. Ada yang bancuhannya jadi cokodok keras, liat dan tak menjadi. Apa kata jom cuba resepi ini. Sue jalan-jalan ke dapur Che Mat Gebu , antara tukang masak tersohor dalam bidang masakan dan juga seorang blogger terkenal. Izinkan akak share resepinya di sini ya CMG.



BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, (mat buat dalam 10 biji macam tu) ,sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

No comments:

Post a Comment