Tuesday, July 23, 2013

Sotong Tiga Rasa

Salam 14 Ramadhan 1434H. Masak apa hari ini? Sue masak sotong 3 rasa. Dah lama tak makan sotong. Nasib baik pergi pasar pagi tadi, ada sotong basah. Sempat lagi balik kerja, terus masuk dapur.


Sotong Tiga Rasa

Bahan-bahan :
6 ekor sotong dicuci bersih
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili thai (saya guna kimball)
Garam
Gula
Bawang putih dipotong dadu (untuk  tumis)
Bawang merah dipotong (untuk tumis)
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 biji lada merah dipotong
(Jika suka, boleh masukkan juga cili api)

Cara masak :
1. Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya. Angkat dari kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong.
3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya.
4. Masukkan cili kisar, sos cili thai dan air sotong. Masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit lebihan air sotong tadi.
7. Goreng sekejap dan boleh dimatikan api.

Sedia dihidang.


No comments:

Post a Comment