Thursday, July 11, 2013

Nasi Tomato

Salam 2 Ramadhan, berbuka apa petang ni...Sue agak kurang sihat dah 2 hari demam. Kurang selera makan, tapi atas permintaan anak-anak dan tekak sendiri yang teringin nak makan nasi tomato, gagahkan juga masak. Yang pentingnya masakan sendiri, hasil air tangan kita dan kita tahu bahan yang digunakan dan tahap kebersihan penyediaannya.


Nasi Tomato

Bahan-bahan :

4 cawan beras
 (boleh gunakan beras biasa atau basmathi)
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 inci halia diracik
2 helai daun pandan disimpul
Rempah 4 sekawan 
(bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 sudu besar penuh tomato puree 
1/2 tin susu cair
4 1/2 cawan air 
(untuk sukatan air, sila ikut sukatan jenis beras masing-masing)
Garam
Gula
1 ketul kiub pati ayam
2 sudu besar penuh minyak sapi

Cara masak :

1. Panaskan minyak sapi. 
2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya.
3. Masukkan tomato puree dan kiub pati ayam. Kacau sebentar.
4. Masukkan beras dan dikacau goreng anggaran 5 minit.
5. Masukkan air, susu cair, garam dan gula.
6. Tutupkan api,dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Masak seperti memasak nasi biasa.
7. Bila nasi telah masak, boleh ditambahkan kismis atau biji gajus jika suka.
8. Sedia dihidang dan ditabur bawang goreng.






No comments:

Post a Comment