Saturday, July 27, 2013

Agar-agar santan gula melaka

Antara menu hari 18 Ramadhan, agar-agar santan gula melaka. Asalnya resepi ini, Sue dapat dari kawan fb Umee Nadzri Nampak menarik bila tengok Umee post kan gambar. Rasanya sangat sedap. Tq Umee dengan resepi yang sedap ini.


Agar-agar Santan Gula Melaka 

Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar

1 liter air

1 1/2 ketul gula melaka

Sedikit gula pasir (*Sue gunakan 3 sudu besar)
200-250 ml santan pekat - Umee guna yg dlm kotak brand Harmoni - guna satu kotak kecil  (* Sue gunakan 1 cawan santan segar)

2 biji telur ayam 

Secubit garam

2 helai daun pandan



Cara masak : 

1. Masak 1 liter air sehingga mendidih bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan yg disimpul hingga gula larut. Kemudian larutan itu perlu ditapis.
2. Pastikan air masih 1 liter juga, kalau kurang boleh tambah air lagi sedikit asalkan 1 liter.
3. Ambil serbuk agar-agar & kacau dalam bekas yang berasingan hingga larut dengan sedikit air, jangan masukkan terus dalam larutan gula yang mula-mula tadi nanti bergentel. Bila agar-agar larut, baru tuang ke dalam larutan gula melaka. Kacau hingga larut.
4. Santan, telur dan garam di kacau dalam bekas lain menggunakan garfu.
5. Akhir sekali masukkan larutan larutan santan, telur dan garam tadi ke ke dalam larutan gula melaka. Kecilkan api dan kacau hingga menggelegak.
6. Bila adunan santan telah mula berbintil-bintil, tutup api. Biarkan dlm 2-3 minit dalam periuk.
7. Tuangkan agar-agar ke dalam bekas yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan  sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Gambar sebelum dipotong :





No comments:

Post a Comment