JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, September 28, 2016

Nasi Daging Utara menu popular di utara

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu popular di negeri utara Semenanjung. Kebiasaannya dihidangkan sebagai nasi kenduri dan juadah makan tengahari di rumah. Resepinya pula mempunyai banyak versi, masing-masing ada cara tersendiri untuk memasak dan keluarga Sue terutama anak-anak memang sangat sukakannya.
Dulu Sue pernah kongsi resepinya dan boleh lihat di sini (sila klik) .


Nasi Daging Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan/cup beras (kali ini Sue gunakan basmathi)
-dicuci bersih, rendamkan 30 minit dan ditoskan.

1 kg daging
-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintah putih
1 st ketumbar
-sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.
*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.
Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam 
Gula
1/2 cawan/cup susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 5 cawan/cup
(Campuran : 1/2 cup susu cair + 5 cup air rebusan daging)
Air ini bergantung pada jenis beras yang anda gunakan, kalau beras jenis keras, perlu dilebihkan airnya.



Cara masak :
1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu atau senduk secara perlahan untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.
Makan bersama air asam, dalca dan lain-lain mengikut kesukaan.



Air Asam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar yang sederhana saiznya di hiris nipis
Sedikit air perahan asam jawa
Sos tomato
Sos cili
(Sos terpulang kepada citarasa anda, Sue masukkan lebih kurang 3sb sos cili dan 3sb sos tomato)

Bahan tumbuk :
3 biji cili merah (kalau suka pedas, campurkan cili padi)
Sedikit belacan
Sedikit garam

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas. Gaul rata hingga sebati. Perasakan garam dan masamnya. Sedia dihidang.

* ada juga sesetengah orang suka mencampurkan air asam ini dengan 1 sb kerisik dan digaul rata, sedap juga rasanya. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Thursday, September 22, 2016

Talam Suji kuih kegemaran

Bismillahirrahmanirrahim..
Talam suji yang mudah dan sedap.


Talam Suji
Resepi Chef Zubaidah
Sumber : Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Loyang 10 x 10
Bahan Lapisan Bawah
140gm tepung suji
20gm tepung gandum (3Tbsp)
2 biji telur
pewarna lemon yellow
120gm gula pasir
750ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 tsp garam
Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
700ml santan pekat
1 tsp esen vanila
1 1/2 tsp garam
150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80gm gula pasir (1/4 cawan)
200gm gula melaka (Sue letak gula merah)
1 tsp coklat emulco
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Wednesday, September 7, 2016

Donut yang kekal gebu

Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi ini Sue pernah kongsikan dulu, kali ini hanya ulang tayang. Sue letakkan semula resepinya. Antara resepi wajib cuba, mudah dan sedap. Kekal lembut walaupun seharian dan hingga keesokannya.


Donut Gebu
Oleh : Surianti Ramli


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (sebaiknya guna tepung high protein, donut kekal lembut wpun telah sejuk)
1 sb marjerin
2 sb susu pekat manis 
1 sudu teh yis 
1/2 sudu teh double action baking powder
1 biji ubi kentang direbus empuk dan dilenyek
1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais)
secubit garam 

Cara-cara :
Kaedah uli menggunakan tangan ,
1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 - 10 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis.
2. Satukan tepung, double action baking powder, marjerin, susu pekat manis, kentang dan garam.
3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal.
3. Bentukkan donut mengikut citasara masing2. Biar mengembang dua kali ganda baru digoreng.

*Kaedah uli menggunakan mixer, 
1. Masukkan bahan kering diikuti bahan basah. Uli bermula speed perlahan dan kemudian lajukan speed. Teruskan menguli hingga doh jadi licin dan kenyal.
2. Bentukkan donut dan biar hingga donut mengembang dua kali ganda.
3. Panaskan minyak (sederhana), goreng donut hingga masak. Toskan minyak dan sejukkan donut.

Tuesday, September 6, 2016

Nasi berlauk mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam menu utk brunch (breakfast + lunch). menu sarapan popular di Kelantan.
Mudahnya memasak gulai darat sbb tak perlu tumis, ringkas dan sedap. Alhamdulillah.

Nasi Berlauk Gulai Darat Ayam
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1/2ekor ayam dipotong kecil dan dicuci bersih
2 sb rempah gulai cap rose (jika tiada, boleh gunakan rempah kari jenama lain)
1 sb cili kisar
*5 ulas bwg merah
*1 ulas bwg putih
*1/2 inci lengkuas
*1/2 inci halia
2sdb ketumbar -disangai dan ditumbuk halus
2 sd kerisik
1- 2 keping asam jawa
3 cwn air
1 cawan santan pekat
1/4 keping nise (gula melaka)
Garam
Ubi kentang
Kacang panjang
Terung
Cili merah/hijau
Cara penyediaan :
1. Bahan bertanda * dikisar halus.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama bahan kisar, kerisik,ketumbar, asam keping, nise dan rempah gulai. Kacau sebati.
3. Masukkan air ke dalamnya dan biar hingga mendidih (ayam empuk). Kemudian masukkan kentang. Biar sekejap hingga kentang hampir empuk baru masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih, masukkan cili hijau/merah serta garam secukup rasa. Sedia dihidang bersama sambal lada dan ulam timun.


Thursday, September 1, 2016

Puding Sedut mudah

Bismillahirrahmanirrahim,
Berkenan tgk botol kiut miut sahabat di Instagram, Che siti @siti.norhasiah .. tak sempat2 terus pergi Mr Diy beli. Cari jugak botol yang tinggi tapi tak ada pulak sbb teringin nak sedut dgn straw hihi.. Boleh la botol kecik ni mkn pakai sudu. Comel je.
Sedap puding ni, ralit makan. Anak2 Sue pun suka alhamdulillah.

PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukan : Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
1 sudu teh serbuk agar-agar (saya pakai sudu metrik)
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair (atau susu segar)
1 cawan creamer (atau coffemate atau susu tepung pun boleh)
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
Cara penyediaan :
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk.
Kacau rata.
Masak atas dapur hingga mendidih. Matikan api.
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa disukai.
(Sue letak emulco jagung, emulco coklat dan plain).
Sejukkan dlm peti ais.