JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, January 31, 2016

Homemade Sardine in the house , step by step

Bismillahirrahmanirrahim...
Homemade Sardine, anak2 teringin nak makan sardin. Tapi disebabkan allergik, nanti jadi gatal2..alternatifnya buat la sendiri. Rasa tak jauh beza dgn yg dlm tin. Hanya bila kita buat sendiri, lebih fresh & tiada bahan pengawet. Boleh juga gunakan high pressure cooker jenis lain selain dari noxxa.
Kalau menggunakan periuk biasa pula, Sue kurang pasti jangkamasanya. Tapi yang pasti perlu dimasak lama & api perlahan serta tidak boleh dikacau untuk mengelakkan ikan hancur.
Homemade Sardine (periuk Noxxa)
Oleh : Surianti Ramli
1 kg ikan sardin segar - potong kepalanya, buang isi perut dan diperah limau. Biar sebentar untuk menghilangkan hanyir ikan. Cuci bersih.
1/2 tin tomato puree
1/2 botol cili sos
1/4 cawan air
*sorry..dalam gambar di bawah ni lupa snap gambar 1/4 cawan air

Cara :
Masukkan semua dalam periuk dan set highpressure 75 - 90 minit.


Tunggu sehingga masa tamat dan berbunyi beep beep.
Lepaskan tekanan dan buka tudung periuk. Off kan plug.
Gambar di bawah, sardin selepas melalui proses high pressure.

Boleh difrozenkan jika tak mahu makan lagi dan kalau nak makan terus, bolehlah dimasak/ditumis mengikut citarasa samada nak buat sambal sardin atau masak lemak cili api atau apa2 masakan. Nak buat inti karipap @ sandwich pun boleh.

Gambar di bawah, hasil dari homemade sardine Sue masak sambal sardin. 
Panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih. Masukkan 1 senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Terus masukkan homemade sardine bersama garam, gula dan potongan cili & bwg besar. Masak hingga didih dan sedia dihidang. Alhamdulillah..

Thursday, January 28, 2016

Seri Muka resepi mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Seri Muka untuk anak2 minum petang & hubby berbuka, alhamdulillah..


Seri Muka (loyang 8in x 8in)
Oleh : Surianti Ramli
Lapisan bawah
2 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam 30 minit, toskan
1 cawan santan
1 cawan air
Secubit garam
-panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit. Kacau sebati dan tekan-tekan supaya padat di dalam loyang.
Lapisan atas
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan bersama air, tapiskan)
1 1/4 cawan santan
Beberapa titis pewarna hijau
-satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan. -masak atas api perlahan sambil mengacau selama 2 - 3 minit (naik wap). Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan seri muka akan jadi tidak licin.
Cara :
Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi. Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis. Kukus selama 40 minit. Matikan api.

*penting : tunggu serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4 - 5 jam baru dipotong. Kalau potong semasa panas, akan jadi lembek bahagian atasnya.



Wednesday, January 27, 2016

Lempeng Kelapa mudah

Coconut Pancake aka Lempeng Kelapa aka Lempiang Nyog...kalau di utara juga disebut pek nga..hihi..sedap, wangi kelapa tu..

Resepi mudah tapi Sue upload juga utk rujukan adik2 & anak2..

Lempeng Kelapa
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 cawan kelapa parut yang putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
Secubit garam halus
1/2 sudu kecil baking powder
Cara penyediaan :
-satukan semua bahan, gaul rata hingga sebati.
-sapu sedikit minyak pada kuali, panaskan kuali dan sendukkan adunan. Ratakan supaya bahagian dalam masak sempurna. Balik-balikkan hingga masak keperangan sedikit.
-sedia dihidang bersama sambal ikan bilis. Sedap juga dimakan dengan sambal sardin atau kuah kari.

Tuesday, January 26, 2016

Nasi Lemak Tumis Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim.. nasi lemak tumis yang lembut & harum. Rasanya seakan-akan nasi lemak biasa, hanya kita tidak gunakan santan..sesuai bagi yang nak kurangkan kolestrol...Selain dari makan dengan sambal bilis, sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah, sambal udang, sotong dll.

Nasi Lemak Tumis (tanpa santan)
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 cawan beras
4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing)
1 sk kunyit serbuk
Garam
-masukkan semua bahan di atas dalam periuk nasi.
Bahan tumis :
1/2 senduk minyak masak (Sue guna minyak bunga matahari)
1 inci halia
1 helai daun pandan disimpul
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Rempah 4 sekawan
-panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis di atas hingga harum. Tuangkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata dan on plug, masak seperti memasak nasi biasa.

Sambal Bilis
Oleh : Surianti Ramli 

Bhn :
2 genggam cili kering -rebus dengan air hingga didih, matikan api biar sekejap & toskan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih (saya tak letak)
1 genggam ikan bilis
1 sb minyak masak
Air secukupnya
-kisar bahan diatas hingga halus
Bhn lain :
1 senduk minyak utk menumis
Semangkuk kecil ikan bilis
1 labu bawang besar hiris nipis
Garam
Gula secukup rasa
3 sb air asam jawa
Cara :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis separuh garing, masukkan bawang besar. Kacau hingga layu. Terus masukkan bahan kisar dan masak api perlahan hingga didih. Masukkan garam & gula serta air asam jawa secukup rasa. Masak hingga pecah minyak. Tutup api. Siap.

Monday, January 25, 2016

Apam Beras mudah untuk sarapan

Bismillahirrahmanirrahim,
baru-baru ni, Sue demam..bila kebah je demam, tetiba rasa teringin sangat nak makan apam beras..buatlah juga walaupun masih lemah lagi masa tu..alhamdulillah sedap..makan dengan kelapa parut, lawan dengan kopi o..sedapnya la...

Apam Beras
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
3/4 cawan gula pasir
1 sk yis segera (Sue guna mauripan)
Pewarna kesukaan
Minyak untuk gris pada acuan
Cara penyediaan :
1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Masukkan gula dan kisar lagi.
2. Satukan bahan kering lain dan gaul bersama bahan kisar hingga sebati. Perap selama 3 jam.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letakkan warna kesukaan.
4. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan isi 3/4 acuan dengan adunan.
5. Didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dulu, balut tudung periuk dengan tuala/kain untuk mengelak air menitis.
6. Kukus apam selama 15 minit.
Sedap dimakan dengan kelapa parut.
*Kelapa parut yang putih
Secubit garam
-kukuskan kelapa parut dan gaul dengan garam
-sedia dimakan dengan apam.

Sunday, January 24, 2016

Ayam Sambal Bali yang sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Ayam Sambal Bali yang menjadi viral di fb..alhamdulillah, sedap. Sue copy paste dari pemilik resepi asal. Walaupun nampak ringkas, tapi sedap. Anak-anak Sue memang suka sangat. Sedap makan dengan nasi biasa, nasi minyak atau pun pulut..yummy !



Ayam Sambal Bali
Sumber : Aisya Shukor
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

1 ekor ayam, dibersihkan & letak kunyit garam (tak perlu byk sgt..cukup satu sk garam n kunyit)

Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nanti nk guna utk tumis..goreng ayam xperlu garing..nk juicy2..angkat

Cara :
1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar 6biji (byk bwg br sedap), bwg putih satu labu,halia sikit je, hujung jari kelingking & belacan besar stgh ibu jari
2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg)
3)Daun kari 6tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil

Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat

Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana ya
dah dpt warna cantik camtu,baru masuk semua yg dh blend td..tumis smp naik bau n garing

Masuk gula,garam n renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon..

Masukkan ayam n masak lagi 10minit

Siap..jgn makan terus lps masak..biar la dulu dlm stgh jam..mkn esok lg aduii sedapppnyerr..Selamat Mencuba

Saturday, January 23, 2016

Muffin Pandan mudah dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim..



Muffin Pandan
Sumber : Kak Wan, blog Citarasawan
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan
200gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1sudu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 sudu teh pandan essence

Hiasan - Almond slices, kismis, ceri atau yang di sukai

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis.

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit.

#Sue bakar selama 20 minit dalam suhu 200'C.

Wednesday, January 13, 2016

Chocolate Cereal Bar

Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita penghujung Disember 2015, entry tertangguh..Chocolate ceral bar yang mudah dan sudah tentu sedap.
Ramai yang tahu resepi ini, tapi sue kongsikan juga untuk yang belum tahu. Wajib cuba, rasa sedap ala2 kit kat. Anak-anak pasti sukakannya.



Chocolate Cereal Bar
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
300 gm chocolate compound (Sue guna jenama Beryls - Milk Compound)
180 gm nestum (Sue guna nestum dari kedai bakery yang tidak manis bagi menyeimbangkan rasa manis coklat)

Cara penyediaan :
1. Potong kecil-kecil chocolate compound dan cairkan secara double boiler. Matikan api.
2. Gaulkan nestum dengan coklat yang telah cair tadi hingga sebati.
3. Sediakan loyang 8 inci x 8 inci. Masukkan adunan ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
4. Bila adunan telah suam di dalam loyang barulah dipotong. Jangan potong semasa sejuk kerana coklat yang telah beku akan menjadi patah.
5. Kemudian baru disimpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam.
6. Sedia dihidang. Jika tidak habis, boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Sedap !