JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, November 24, 2015

Bingka Pandan Tumis yang mudah, harum wangi..sedap

Bismillahirrahmanirrahim..
Bingka Pandan atau pun kalau di utara disebut bengkang pandan..memang sedap..lemak-lemak manis. Dengan harum pandan, dengan bawang tumis tu..alahai..
Sebenarnya dah lama Sue nak masak bingka ni, tapi tertangguh disebabkan tidak berkesempatan. Kebetulan sekarang cuti sekolah, masa banyak dihabiskan dirumah dapatlah masak dan buat entry.




Bingka Pandan Tumis
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

Bahan kisar
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan (saya kisar 4 helai daun pandan bersama air dan tapis)
3 cawan santan (campuran dari 2 cawan santan pekat + 1 cawan air)
1 cawan gula pasir
3 biji telur
2 sb mentega
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna hijau jika perlu
- satukan semua bahan di atas dan kisar hingga sebati. Ketepikan.

Bahan tumis
 3 - 5 ulas bawang merah
 2 sb mentega
-panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang sehingga kekuningan dan garing.

Cara penyediaan :
Griskan loyang segiempat bersaiz 8inci x 8 inci dengan minyak atau pun mentega. Panaskan sekejap loyang di dalam oven dan tuangkan bahan tumis ke dasar loyang. Kemudian tuangkan bahan kisar perlahan-lahan. Bawang akan timbul dipermukaan. Panaskan oven dan bakar sehingga masak. (saya bakar selama 1 jam 10 minit dalam suhu 160'C)
Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong,anggaran 3- 4 jam setelah masak. Jika potong semasa panas, bingka akan jadi sedikit hancur.

Selamat mencuba, mudah saja.

*ada juga yang menggantikan bawang dengan menabur bijan diatasnya

Monday, November 23, 2015

Kerabu selom yang menyelerakan

Bismillahirrahmanirrahim..
Kawan2 suka mkn kerabu tak ? Biasanya Sue masak yang ringkas2 je (selalu pun begitulah). Bila ada kerabu begini, makan nasi pun bertambah-tambah. Makan pulak dengan nasi panas, tambah ikan goreng garing pun cukuplah..Sedap !



Kerabu Selom
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
1 ikat daun selom (cuci bersih dan hiris halus)
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 - 3 biji limau kasturi diambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk
2 sb ikan bilis (atau udang kering) disangai tanpa minyak
1 - 2 biji cili merah
Secubit belacan
Semangkuk kecil kelapa parut
Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati secukup rasa garam, gula dan masamnya. Tidak perlu dimasak semua bahan (hanya ikan bilis saja sangai)
Sedia dihidang.
Ini rupa daun selom, kalau tempat lain Sue tak pasti dipanggil apa. Biasanya kalau diutara, daun selom ini juga dibuat ulam dan dimakan bersama laksa.

Agar-agar santan gula melaka yang sedap, lemak, wangi..yummy

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lama rasa teringin sangat nak makan agar2 santan gula melaka, alhamdulillah..resepi mudah, semua kwn2 pun biasa buat kan..sedap, wangi gula melaka dengan lemak santan. Rasa macam bulan puasa pulak.


Agar-agar Santan Gula Melaka
Oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
10g agar-agar serbuk (1sb sudu metrik)
1 cawan gula melaka
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 biji telur gred A
Secubit garam
1 helai daun pandan disimpul
Cara masak :
-satukan santan dan telur, pukul guna garfu. Ketepikan.
-didihkan air, daun pandan, garam dan gula melaka hingga larut. Masukkan agar-agar serbuk. Kacau sekejap.
-masukkan campuran santan dan telur tadi sambil dikacau lagi hingga didih. Perlu betul-betul mendidih (membuak) untuk dapatkan dua lapisan seperti gambar. Matikan api.
-tuang dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
-sejukkan dan barulah disimpan dalam peti ais.
*tambahkan gula pasir jika suka lebih manis

Friday, November 13, 2015

Kek Marble lembut dan sedap

Bismillahirrahmanirrahim...
Kek ini buat beberapa hari lepas.
Sebenarnya resepi ini sama saja  seperti kek marble biasa. Hanya Sue tambahkan whipping cream untuk memberi rasa sedikit creamy dan alhamdulillah, lembut dan sedap pada selera kami sekeluarga.


Kek Marble Lembut
Oleh ; Surianti Ramli

Bahan-bahan :
250 g butter (saya guna Anchor)
200 g gula castor 
4 biji telur gred  A
1 sk esen vanila
60 ml Whipping Cream (Anchor dairy whipping cream)
250 g tepung superfine *
1 sk baking powder *
2 sb serbuk koko
Pewarna pink atau apa2 kesukaan anda

Bahan bertanda * di atas disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
- pukul butter dan gula hingga kembang dan warnanya berubah menjadi pucat. 
-masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
-masukkan esen vanila.
-masukkan whipping cream berselang seli dengan bahan ayak hingga habis. Kacau sebati.
-bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Saya letakkan serbuk koko, warna pink dan warna asal.
-griskan loyang empat segi, 8in x 8in. Alas dengan baking paper dan gris sekali lagi.
- tindan adunan berselang seli warna ke dalam loyang hingga habis.
-panaskan dahulu oven dan bakar hingga masak (lain oven, lainlah suhu dan masa membakar. Oven saya suhunya 160'C selama 50 minit)
- angkat kek dan sejukkan di redai.

 Sebaik sahaja siap di bakar.

Hasil bedah siasat.


Wednesday, November 11, 2015

Red Velvet Cheese Brownies , sedapnya !


Bismillahìrrahmanirrahim...
Mudah, ringkas & insyaAllah menjadi. Resepinya saya copy paste dari blog Fiza Lgk. Terima kasih, family saya suka sangat.
Warna merah brownies ni..tapi sbb lighting, ambik gambar mlm..nampak mcm warna coklat pulak..apa pun, sedap !
RED VELVET BROWNIES - Ringkas dan menjadi 
Sumber : Hafizah Yahaya/Fiza Lgk
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Saiz loyang : 8inci x 8 inci
Bahan A - Lapisan Bawah
100gm mentega - di cairkan dan ketepikan seketika
200gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
20gm serbuk coklat
Secubit garam
1 sudu besar pewarna merah - saya guna warna merah jambu
1 sudu teh cuka
2 biji telur
150gm tepung gandum
Bahan B - Lapisan Atas
230gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
1/8 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan gula, esen vanilla, serbuk coklat dan secubit garam.
2. Masukkan juga pewarna merah, cuka makan dan pecahkan 2 biji telur. Kacau dengan menggunakan spatula ataupun 'hand whisk' sehingga rata dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi hingga rata dan bercampur.
4. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau lagi.Tuang adunan ke dalam loyang dan ketepikan 1 sudu besar adunan tersebut untuk menghias di lapisan atas nanti.
5. Seterusnya di dalam bekas yang lain, campurkan cream cheese, gula telur dan esen vanilla. Pukul hingga rata dan tuang adunan tersebut ke atas adunan brownies tadi.
6. Letak adunan yang di asingkan tadi dan lorek dengan lidi atau 'chop stick'. Boleh juga masukkan adunan tersebut di dalam 'piping beg' dan picit ke atas brownies sebelum di lorek untuk corak yang lebih kemas.
7. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170'c. Dinginkan dan bolehlah di potong.
Nota : saya bakar pada suhu 160'C selama 35 minit.
-tak perlu bakar berasingan lapisan bawah dan atas, terus bakar sekaligus


Monday, November 9, 2015

Lemon Chicken aka Ayam Lemon sedap


Bismillah..
Ini salah satu menu kegemaran kami sekeluarga. Dulu pernah Sue share resepi lemon chicken (click di sini untuk lihat), lain sikit dari resepi ini. Kedua-duanya pun sedap.
Ala-ala makan di hotel..nak menggambarkan sedapnya hihihi..



Lemon Chicken
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
1/2 st lada sulah
3 sb kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
-gaul sebati semua bahan di atas dan perap 1- 2 jam

B
1 cawan tepung jagung
2 biji telur ayam
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
-satukan semua dan gaul sebati

Bahan Sos Lemon
2 cawan air
1/3 cawan gula
1/2 kiub pati ayam
2 sb tepung jagung
5 sb perahan lemon (terpulang kepada masam yang anda suka)
Secubit garam
1-2 titik pewarna kuning
2 sb minyak untuk menumis
-satukan semua bahan sos kecuali minyak dan kacau hingga sebati. Panaskan minyak, masukkan semua bahan sos. Sentiasa dikacau dalam api perlahan hingga pekat. Tutup api.

Minyak masak untuk menggoreng ayam

Cara penyediaan ayam :
Gaul semua ayam yang telah diperap (A) bersama bahan salutan (B). Goreng dalam minyak yang panas hingga masak. Curahkan sos lemon ke atas ayam dan sedia dihidang. Yummy !


Selamat mencuba .

Sunday, November 8, 2015

Roti Canai Homemade

Biasanya kalau kita beli, kita tidak tahu bahan yang digunakan..tapi kalau buat sendiri, boleh pakai bahan-bahan terpilih seperti minyak jagung dan mentega tanpa kolestrol..apa kata sesekali kita cuba, kan..



Bismillahirrahmanirrahim..
Roti Canai Homemade
Oleh : Surianti Ramli
Bahan A :
3 cawan tepung gandum
2 sb marjerin (saya guna daisy tanpa kolestrol)
2 sb gula
1 cawan air
1/2 sk garam
Bahan B :
3 sb marjerin
(digunakan sedikit untuk menyalut doh dan sebahagian lagi untuk menggoreng roti canai)
Sedikit minyak masak -saya guna minyak jagung
Cara penyediaan :
-satukan semua bahan A. Air dituang sikit-sikit dan uli hingga licin. Kelembutan doh adalah seperti kita membuat donut. Tak perlu habiskan air jika doh sudah tidak melekat di tangan. (Saya uli menggunakan mixer)
-bulatkan doh sebesar bola ping pong (ikut saiz kesukaan sendiri) dan salut setiap bulatan doh dengan sedikit marjerin. Perap semalaman atau 4 hingga 6 jam.
-ambil bebola doh dan renjis sedikit minyak. Tekan hingga jadi nipis dan boleh mula menebar. Lipat dan tekan sedikit hingga meleper, sedia digoreng dengan sedikit minyak atau marjerin.



Nota :
-kalau kurang mahir menebar, boleh juga menarik bebola doh supaya meregang dibelakang dulang dan lipat serta tekan2 sedikit sebelum digoreng.
-kalau nak buat frozen, goreng separuh masak, sejukkan dulu dan simpat dalam peti ais.

Saturday, November 7, 2015

Sayur Campur kesukaan anak-anak


Sayur Campur
Oleh : Surianti Ramli

Bahan- bahan :
Bunga Kobis
Brokoli
Karot
Lain-lain sayur yang sesuai seperti putik jagung
2 cawan air
Secubit garam
1 sb minyak jagung
-sayur dipotong mengikut kesukaan anda dan dicuci bersih.
-didihkan air bersama garam dan minyak jagung. Celur sekejap sayur tadi anggaran 1 - 2 minit. Angkat dan toskan. Lalukan air biasa sekejap untuk mengekalkan kerangupan sayur, Ketepikan.

Bahan lain 
Sedikit udang (boleh gantikan dengan daging atau ayam)
3 ulas bawang putih didadu
1 labu bawang besar dipotong bulat atau potong baji
1 biji cili merah
1 cawan air
1 sb sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 sb tepung jagung + 5 sb air biasa (kacau larut)
-panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili merah. Kacau hingga layu. Masukkan udang dan 1 cawan air. Masukkan juga garam bersama sos tiram. Biar mendidih. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dengan 5 sb air tadi (tujuannya untuk memekatkan kuah). Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran. Kacau sekejap dan tutup api.



Ayam Masak Kicap Berempah


Ayam Masak Kicap Berempah
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
1 ekor ayam dipotong mengikut kesukaan
Garam dan kunyit
-perisakan ayam dengan garam dan kunyit. Biar sekejap dan goreng ayam hingga masak.

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering

Bahan tumis
Rempah 4 sekawan
(Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 batang serai diketuk
1 senduń∑ minyak masak

Bahan lain
2 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 sb sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak :
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis hingga harum. Kemudian masukkan bahan kisar. Biar hingga cili benar-benar masak. Masukkan bahan lain bersama ayam goreng, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. Biar mendidih dan kuah sedikit pekat. Tutup api.