JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Sunday, September 20, 2015

Sedapnya Nasi Dagang

Nasi dagang antara makanan kegemaran Sue dengan hubby. Biiasanya Sue beli je nasi dagang sebab tak tahu cara memasak. Tapi memang berkeinginan sangat untuk masak sendiri,.Alhamdulillah, hajat terlaksana baru-baru ini. Dapat tambah nasi berpinggan-pinggan. Sedap !


 Nasi Dagang
Sumber ; Minami/Myresepi
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air

Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia



  • **ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula
-gaul sebati semua bahan




Gulai ikan Tongkol
Sumber : Kak Suhaini Abd Wahab

Bahan;
1kg ikn tongkol/2ekor
4sb cili kisar-ikut suka masing2
3sb serbuk ketumbar
1sb serbuk jintan manis
1sb serbuk jintan putih
1 liter santan-blh lebih
1in kunyit hidup-blend
1in halia-blend
1in lengkuas-blend
1labu bwg besar-blend
3-4ulas bwg putih -blend
Asam keping
1/2cwn gula kerek/kabung/merah
Garam
Minyak utk menumis
15 biji cili api akar
Belimbing buluh/kcg panjang/timun-klu suka
Cara;
Bersihkn ikan tongkol- rebus brsama asam keping-
Campur semua bahan yg sudah d blend-
Panaskn minyak n tumis bahan blend hingga masak/naik minyak
Masukn santan n gula merah n garam biar mendidih n sedikit pekat-masukan ikan yg telah d rebus semalaman n gaul rata n masukn sedikit ari rebusan ikan tgk pd kepekatan yg kita suka..
Masukan cili akar n belimbing/ kcg pjg/ belinbing buluh..
Rasa masam masin n manis nya ikut selera sendiri..
Siappp utk d hidangkn brsama nasi dagang / nasi putih..
Note:
Utk hasil yg lbh sedap seelok2nya ikan rebus tu biarlah semalaman



Saturday, September 12, 2015

Victoria Sandwich Cake a.k.a kek bangsawan

Bismillahirrahmanirrahim..
Jom kita minum petang dengan kek kegemaran Ratu Victoria. Kawan2 Sue panggil kek ni sebagai kek bangsawan..hihi..ok la tu.
Senang sebenarnya cara menyediakan kek ni. Semuanya menggunakan bahan asas yang sama timbangannya..mari kita lihat resepi.





Victoria Sandwich Cake
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
250g butter
250g gula castor (saya letak 200g)
250g telur (pecahkan telur dan timbang)
250g self raising flour
3 sb susu cair
1 st esen vanila
-pukul  butter dan gula hingga kembang.
-masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi dan masukkan esen vanila.
-masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Kacau secara kaup balik.
- griskan loyang, alas dengan baking paper dan gris sekali lagi. Tuangkan adunan.
-panaskan oven terlebih dahulu dan bakar kek hingga masak. (Oven saya suhunya 160'C selama 45 minit).
-sejukkan kek atas redai dan barulah potong kek kepada 2 bahagian yang sama tebal.

Bahan hiasan :
250g cream cheese
80g gula icing
300g non dairy whipping cream
Buah strawberry secukupnya
Strawberry filling
-pukul cream cheese dan gula icing hingga sebati dan kembang, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kental. Masukkan dalam piping beg dan nozzle yang sesuai.
-ambil satu bahagian kek dan sapu permukaan kek dengan strawberry filling, paipkan adunan cream cheese. Ambil lagi satu bahagian kek dan tindan di atasnya, ulang proses yang sama. Hias dengan buah strawberry.



Yummy !