JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Wednesday, July 1, 2015

Pulut Udang resepi warisan nenek

Assalam semua...kita telah pun memasuki fasa pertengahan Ramadhan yang mulia...alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT insyaAllah...aamiin..terima kasih kepada semua pengunjung blog yang sudi ziarah blog Sue yang tidak seberapa ini. Sayang semua...muahhh...

Sudah lama teringin sangat nak makan pulut udang (nama di Utara), kalau di selatan dipanggil pulut panggang. Dapat juga masak beberapa hari lepas, alhamdulillah.

Resepi asalnya dari arwah tok (panggilan untuk nenek) dan diturunkan kpd emak Sue. Cara yang ringkas, bahan yang minima & insyaAllah sedap cara kami.

Sebelum dan selepas dipanggang.





Pulut Udang/Pulut Panggang
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A :
2 cawan beras pulut (direndam 4 jam)
-kukus pulut hingga masak.

Bahan B
1 cawan santan*
Secubit garam*
1 sb mentega*
-masak bahan bertanda * di atas dalam api perlahan hingga sedikit didih.

Gaulkan sebati bahan A (pulut kukus) bersama bahan B (santan) sewaktu masih panas. Ketepikan.

Inti :
1/2 biji kelapa parut
7 tangkai lada kering (rebus terlebih dulu untuk melembutkannya)
2 sb udang kering
1 sb jintan manis
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit minyak untuk menumis
Semangkuk udang kertas/udang basah
Garam dan gula secukup rasa
-kisar halus lada kering, jintan manis, serai, kunyit hidup dan udang kering. Ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik baunya. Masukkan garam, gula dan udang basah. Kacau sekejap dan masukkan kelapa parut. Kacau hingga kering dalam api perlahan. Inti pulut udang mestilah rasa manis2 pedas. Tutup api.

Cara penyediaan :
-sediakan daun pisang layur secukupnya.
-letak 3 sb pulut di atas daun pisang. Letakkan inti di atasnya. Gulung dan balut dengan kemas. Sematkan lidi pada kiri dan kanan. (Boleh juga guna stapler jika tiada lidi). Buat hingga habis.
-panggang hingga masak. Sue gunakan kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. Boleh gunakan non-stick pan atau pemanggang ajaib.

Donut Gebus berinti

Entry tertangguh lagi...
Donut gebus gebas kegemaran anak2...sesuai juga untuk minum petang atau pun berbuka. Kekal lembut walaupun telah lama digoreng. InsyaAllah...sedap.






Donut Gebu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (sebaiknya guna tepung high protein, donut kekal lembut wpun telah sejuk)
1 sb mentega
2 sb susu pekat manis
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh double action baking powder
1 biji ubi kentang direbus empuk dan dilenyek
1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais)
secubit garam

Hiasan :
Gula icing
Jem strawberry/blueberry dll mengikut kesukaan

Cara-cara :
Kaedah uli menggunakan tangan ,
1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis.
2. Satukan tepung, double action baking powder, marjerin, susu pekat manis, kentang dan garam.
3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal.
3. Bentukkan donut mengikut citasara masing2. Biar mengembang dua kali ganda baru digoreng.

*Kaedah uli menggunakan mixer,
1. Masukkan bahan kering diikuti bahan basah. Uli bermula speed perlahan dan kemudian lajukan speed. Teruskan menguli hingga doh jadi licin dan kenyal.
2. Bentukkan donut dan biar hingga donut mengembang dua kali ganda.
3. Panaskan minyak (sederhana), bolehlah goreng donut tersebut. Toskan minyak dan sejukkan donut.

Hiasan atas donut :
Ayak gula icing ke atas donut. Masukkan jem ke dalam piping beg, potong sedikit muncung beg dan paipkan jem ke bahagian tengah donut. Siap.

Catatan :
Sue uli menggunakan mixer dan membulatkan donut sebesar bola ping pong dan meletakkannya atas dulang (Tabur dulang dengan sedikit tepung terlebih dahulu) Bila donut naik dua kali ganda, Sue percikkan air ke atas donut dan kemudian dengan menggunakan jari buat lubang pada bahagian tengahnya. Kemudian barulah digoreng.