JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, March 28, 2015

Butter Cake yang simple tapi sedap

Resepi ini mudah je sebenarnya. Tapi rasanya sangat sedap. Memang betul, penggunaan pure butter (bukan buttercup ya...) membuatkan kek atau biskut menjadi lebih sedap.
Resepi ini asalnya dari sahabat Fb Sue iaitu kak Suhaini Abdul Wahab. Sue copy paste je & dah buat banyak kali juga. Untuk makan dengan family & baru2 ini Sue bawa ke sekolah untuk dimakan bersama kawan2 geng surau. Alhamdulillah, semua suka...



BUTTER CAKE
Sumber : kak Suhaini Abd Wahab
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan:
230gm butter Anchor/Golden Churn/SCS
4 biji telur B
60 ml susu segar
200 gm tpg kek
180gm gula halus
1 st esen vanilla

Cara:
Pukul butter + gula - kembang - masukkn telur satu persatu hingga habis -masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis & masukkan vanilla - gaul rata - siapkn loyang 7x7x3 /8x8x3 & bakar 180'C - 40-45 minit atau paipkn kedlm paper cup bakar 25 minit.

Note:
Kalau nakkan butter cake yg sedap mesti gunakn pure butter

Monday, March 23, 2015

Tepung Bungkus sedap, menggamit memori







Dulu masa kecik, selalu tengok arwah Tok Yah buat tepung bungkus. Dah lebih 22 tahun pun arwah meninggalkan kami. Hari ni cuba buat sendiri wpun balutan kurang kemas berbanding Tok. Buat pun sikit je, 10 biji. Alhamdulillah...

Tepung Bungkus
(Versi asal nenek saya -Tok Yah)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
Daun pisang secukupnya (layur terlebih dahulu)

Inti kelapa :
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sb gula
1 helai daun pandan
*1 sb tepung gandum dicampur 3 sb air
-satukan semua bahan kecuali *. Kacau atas api hingga hampir kering. Masukkan * dan kacau lagi hingga kering. Tutup api. Biarkan sekejap. Bulatkan sebesar syiling 10 sen. 

Pembalut inti :
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
-satukan kedua bahan ini dan gaul hingga tidak lekat ditangan.
-ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan tadi. Tutup inti kelapa dan gentel bulat. Buat hingga habis.
-didihkan air dan masukkan bebola inti. Biar hingga terapung pada permukaan. Angkat dan toskan. (sama kaedahnya seperti membuat buah melaka)

Badan tepung bungkus :
1 cawan tepung beras
4 cawan santan (1 santan pekat campur 3 cawan air)
Secubit garam
-satukan semua bahan dan masak atas api perlahan hingga naik wap dan mulai pekat. Tutup api.

Cara membalut tepung bungkus :
1. Ambil daun pisang. Letakkan 2 sb adunan badan. Leperkan sedikit. Letakkan 2 biji inti di atasnya kiri dan kanan. Ambil lagi 2 sb adunan badan dan tutup bebola inti tadi. Balut dengan kemas dan badan mesti menutupi inti. Ulang hingga selesai.
2. Panaskan periuk kukusan berisi air. Kukus selama 15 minit.

Siap

Friday, March 20, 2015

Kek Marble Lebanese

Sebenarnya kek ni Sue masak beberapa minggu lepas. Tapi hanya post dalam facebook, dalam blog belum lagi. Ramai yang suka dan share resepi ini waktu Sue post dalam fb hari tu. Sedap !





Lebanese Marble Cake
Sumber : Chef Khairi
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan2 :
250g butter
1 cawan gula castor
1 st esen vanilla
3 biji telur (Sue guna gred B)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan sour cream (Sue gantikan dengan 1/2 cawan whipping cream + 1/2 sk cuka yang telah diperap 30 minit)
Food coloring
Cocoa paste
Cara2 :
-pukul butter dan gula hingga kembang.
-masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.
-masukkan tepung dan sour cream berselang seli hingga habis. Kacau secara kaup balik sahaja.
-letakkan pewarna jika suka (Sue letakkan serbuk koko serta warna burgundy dari brand AmeriColor dan yang selebihnya warna asal)
-griskan loyang 7in x 7in, alas baking paper pada dasarnya dan gris sekali lagi. Letakkan adunan berselang seli warna ikut kreativiti sendiri.
-panaskan oven terlebih dahulu dan bakar hingga masak bergantung pada oven masing-masing (Sue bakar selama 50 minit pada suhu 180'C)
*info dari Chef Khairi : resipi ini berasal dari timur tengah, menggunakan yougart/sour cream sebagai agent untuk melembut & mengaktifkan baking soda/bicabonate.
Catatan : Sukat sepenuhnya dengan cawan metrik

Friday, March 13, 2015

Nasi Ayam Karamel

Hidangan hari Jumaat, cukuplah nasi ayam kegemaran kami sekeluarga. Lagi pun hari Jumaat ni, sekolah Sue masuk awal. Masak pun yang cepat je. Sedap tau nasi ayam karamel ni. Jangan risau, bila dah masak, tak terasa pun manis gula tu.



Nasi Ayam Karamel
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :

Ayam Karamel
1 ekor ayam (boleh buat seekor terus atau pun boleh juga dipotong kecil(
2 senduk gula pasir
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 helai daun pandan
Secubit garam
Air secukupnya (agak2 tenggelam ayam)
-masukkan gula dalam periuk dan hidupkan api. Masak hingga gula cair dan menjadi perang (karamel). Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam. Rebus hingga ayam masak. Tutupkan api dan biar ayam terendam di dalamnya. (Sue biarkan terendam lebih kurang 2 jam tadi). Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tak perlu lama kerana ayam telah pun masak waktu kita merebus tadi.

Kicap
1 cawan air rebusan ayam karamel
1/4 cawan kicap
1 sk sos tiram
-masak sekejap atas api hingga mendidih.

Sos Cili
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sb sos tomato
1/2 inci halia
1 sk cuka
Sedikit air
Garam/gula secukup rasa
-satukan semua bahan di atas (kecuali garam/gula), kisar halus. Masak di atas api hingga didih. Masukkan garam/gula secukup rasa.

Nasi
4 pot beras dicuci bersih dan ditoskan
5 ulas bawang putih dikisar halus
1 labu bawang besar dikisar halus
1 kiub pati ayam
1 sb sos tiram
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 helai daun pandan
2 sb mentega
Garam secukupnya
5 1/2 cawan air
*sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami jenis keras sedikit.
-masukkan semuanya dalam periuk nasi dan masak seperti memasak nasi biasa. Siap. (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga)

Bahan tambahan lain :
-sup ayam
-sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 11, 2015

Pau Gebu dan Lembut

Seronok sangat berjaya membuat pau yang gebu dan lembut seperti ini. Hubby dan anak2 Sue suka sangat. Mudah pula cara membuatnya. Resepi ini Sue dapat dari sahabat FB yang memang pakar memasak, kak Kak Norlie (boleh click di sini)

Sebelum dikukus


Selepas dikukus


Pau Gebu
Sumber : kak Norlie
Dicuba oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan ( 10 biji )
250g (2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam
Cara-cara
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. Tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
Bahagikan doh kepada 10 bahagian
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit.
Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Petua dari seorang sahabat Sue :
Balut tudung periuk kukus dgn kain utk mengelakkan air menitis. Bila pau telah masak, tutup api dan biarkan pau dlm periuk selama 5 minit. Kemudian baru keluarkan. Tujuannya supaya pau tidak mengecut.

Sunday, March 8, 2015

Sizzling Yee Mee

Sekian lama berangan nak masak sendiri sizzling mee, jenuh mencari hot plate sana sini tapi tak berjumpa. Akhirnya seorang adik angkat nun di utara yang kekebetulan pergi ke KL belikan Sue hot plate ni. Seronok dapat masak mee dalam ni. Yummy !



Sizzling Mee
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
Yee mee
-direndam dalam air panas selama 10 minit - 15 minit. Toskan.

Bahan lain :
Sayur sawi
Karrot
Telur ayam

Bahan Kuah (boleh disediakan lebih awal) :
2 keping dada ayam dipotong kecil
7 - 10 biji cendawan shitake direndam dalam air biasa 1 jam (utk melembutkannya)
5 tangkai cili kering dipotong 3 bahagian
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
3 sb sos tiram
3 sb kicap pekat
1 sb kicap cair
6 cawan air
1 kiub pati ayam
1 sb serbuk lada hitam
Garam/gula secukup rasa (sikit sahaja)
2 sb tepung jagung dibancuh dengan 1/3 cawan air
1 sk minyak bijan
Sedikit minyak masak
-panaskan minyak masak.
-tumis bawang, halia dan cili kering hingga harum.
-masukkan isi ayam bersama air dan rebus hingga empuk.
-masukkan sos tiram, kicap, kiub pati ayam, garam/gula, serbuk lada hitam dan cendawan shitake. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Akhir sekali masukkan minyak bijan. Tutup api.

Cara penyediaan sizzling mee :
-hidupkan api. Sediakan hot plate. Letakkan mee di atasnya. Curahkan kuah. Setelah mee lembut, pecahkan telur. Masukkan sayur dan biar sekejap. Sedia dihidang bersama cili jeruk jika suka.

Catatan :
-jika tiada hot plate, gunakan kuali biasa dan setelah masak, pindahkan ke dalam pinggan untuk dimakan.
-jika tiada kicap pekat/cair, gantikan dengan kicap lemak manis.


Thursday, March 5, 2015

Sardin dan Tuna Puff untuk sarapan

Sebelum ini, sahabat Sue dari Seremban yang memperkenalkan pastry puff ni. Bertangguh2 nak buat. Akhirnya, tercapai juga hasrat nak makan puff ni. Memang sedap ! Mudah pula. Sekejap je dah siap.







Sardin/Tuna Puff
Oleh : Surianti Ramli

Bahan2 :
Pastry puff (jenama Kawan)
Kuning telur untuk disapu atas puff

Inti :
Sardin
Bawang besar didadu
Cili merah didadu
1 biji jus limau kasturi untuk menghilangkan hanyir sardin
-sardin dibuangkan tulangnya serta asingkan dari kuahnya dan dilecek.
-panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan cili, masukkan sardin serta 2 @ 3 sudu kuahnya dan juga jus limau. Masak sekejap saja.

Tuna
Bawang besar didadu
Cili merah didadu
1 biji jus limau kasturi untuk menghilangkan hanyir tuna
Mayonis secukupnya
-buangkan air/minyak dalam tuna, hancurkan isinya.
-panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan cili, masukkan tuna serta perahan jus limau kasturi. Masak sekejap dan angkat dari kuali. Gaulkan dengan mayonis hingga sebati.


Cara penyediaan puff :
1. Keluarkan pastry puff dari tempat beku dan biarkan 8 - 10 minit untuk nyahbeku.
2. Ambil 1 keping pastry puff dan potong kepada dua bahagian. Satu bahagian di letakkan inti dan satu bahagian lagi di kelar sedikit atasnya. Tindankan bahagian kelar tadi keatas bahagian yang berinti. Tekan sekelilingnya dengan garfu.
3. Sapu atasnya dengan kuning telur.
4. Panaskan oven, griskan dulang. Susun puff atas dulang dan bakar hingga masak - ikut suhu oven masing2. (Saya bakar pada suhu 190' selama 20 minit)
5. Angkat puff dan sapu sedikit mentega diatasnya sewaktu masih panas.
Sedia dimakan.