JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Saturday, January 24, 2015

Maggie Goreng simple dan sedap untuk dinner

Baru-baru ini, seorang sahabat yang selalu melayari blog Sue ada email kan meminta Sue kongsikan resepi Maggie Goreng. Sue sebenarnya masak cara biasa sahaja. Lebih kurang sama seperti cara memasak mee/ meehun/ kuetiaw goreng juga. Anda boleh pelbagaikan cara dan bahan mengikut kreativiti sendiri untuk memasaknya.



Maggie Goreng
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
3 bungkus maggie
- direndam dalam air didih anggaran 2 minit, toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan

1 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan sendiri)
Sos cili
Kicap lemak manis
2 sb sos tiram
Semangkuk daging (potong kecil)
3 keping fishcake digoreng dahulu dan dipotong
Sayur seperti sawi, kobis dll mengikut citarasa
Garam
Gula
2 biji telur
3 ulas bawang merah/2 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
Anggaran secawan air

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga harum.
2. Masukkan cili kisar, daging bersama secawan air dan rebus hingga empuk.
3. Masukkan sos cili
, sos tiram dan kicap. Juga fishcake, garam dan gula secukup rasa. Jika air telah kering, tambahkan sedikit. (Tapi jangan letak air banyak sebab kita masak maggie goreng)
4. Masukkan sayur bersama maggie. Kacau sebati. Anggaran 1 - 2 minit sahaja.
5. Kuiskan maggie pada tepi kuali dan pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Timbuskan telur tadi dengan maggie. Agak2 telur sudah mulai masak, gaulkan cepat telur bersama maggie.
Tutupkan api.

Sedia dihidang.

Catatan :
-Boleh tambahkan sotong, udang dll bahan mengikut citarasa sendiri.
-Jangan rendam maggie terlalu lama hingga lembut kerana kita akan goreng pula selepas itu.
-Tidak perlu menambahkan serbuk perasa yang tersedia dalam bungkusan pun sedap juga.

Wednesday, January 7, 2015

Kek Marble Coffeemate yang lembut, gebu, berkrim & sedap

Memang sedap insyaAllah...rasa krimer, kopi dan lembut sangat. Best la rasa dia.




 Kek Marble Coffemate
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahannya :
250g mentega (Sue gunakan Anchor)
250g tepung gandum (sebaik-baiknya guna tepung superfine)
1 sudu kfc baking powder
180g gula castor
3 biji telur gred A
50g coffeemate
125g whipping cream UHT Anchor
1 sk esen vanila
1 sb coffee emulco

Cara penyediaan :
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar lagi.
2. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit sambil memasukkan coffemate dan juga whipping cream. Putar sekejap sekadar menyebatikannya.
3.  Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, bahagian kedua dicampur dengan coffee emulco dan  bahagian ketiga dicampur dengan pewarna merah.
4. Tuang adunan berselang seli sehingga habis ke dalam loyang.
5. Bakar pada suhu 150-180'c selama 45minit - 1 jam (bergantung kepada oven masing-masing), sehingga masak.

Catatan :
-Sue gunakan loyang segiempat 8in x 8in x 3in.
-Griskan loyang dengan mentega & alas dasarnya dgn baking paper, kemudian digris lagi sekali.
-setelah kek masak, biar dlm loyang selama 10 minit sebelum disejukkan diredai.
-Sue bakar pada suhu 175'C selama 50minit.





Friday, January 2, 2015

Cheesy Baked Macaroni yang sedap dan creamy

Salam rindu buat semua...lebih kurang 3 minggu Sue tak update blog disebabkan kekangan masa dan ketiadaan di rumah sepanjang curi sekolah ini. Akhirnya hari ini, teringin sangat nak makan macaroni bakar. Maka hasilnya...


Cheesy Baked Macaroni
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan macaroni
-didihkan air bersama secubit garam dan minyak zaiton. Masukkan macaroni dan rebus hingga lembut. Tos & lalukan air biasa sekejap. Ketepikan.

1 labu bawang holland (didadu)
Semangkuk daging lembu dipotong kecil
1/2 cawan sos carbonara mushroom (Sue guna jenama Prego)
1/2 cawan whipping cream (Sue guna UHT jenama Anchor)
1 sb serbuk lada hitam
1/3 cawan susu segar
1 kiub pati ayam
Garam/gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak zaitun untuk menumis
Sayur-sayuran (seperti karot, capsicum atau pun mixed vege)
Mozarella cheese
1 sb mix herbs

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga wangi.
2. Masukkan daging dan rebus bersama air hingga empuk.
3. Masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.
4. Griskan loyang dengan butter. Masukkan semuanya dalam loyang. Tabur mozarella cheese secukupnya. Bakar hingga masak. (Sue bakar pada suhu 175'C selama 30 minit)

*jika suka, boleh masukkan juga crab stick, cendawan butang, sosej dll ikut kesukaan anda.