Daisypath Friendship tickers
JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Thursday, October 30, 2014

Cream Puff yang aduhai sedapnya....


Sue masak cream puff ni beberapa hari lepas. Tapi baru hari ini terluang masa untuk mengedit gambar dan post kan dalam blog. Baru perasan, rupanya masa snap gambar hari tu, lupa snap  gambar yang menamppakkan puff yang berisi cream custard.  Memang dalam gambar ni bawah ni pun, ada diletakkan filling cream tu...tapi tak nampak sebab hanya fokus pada puff nya sahaja. Tak pe lah yer...yang penting, resepi ini memang sedap insyaAllah...





CREAM PUFF
Resepi asal : Yani, Myresepi
Sumber : Azlita Masam Manis

Puff

Bahan-bahan:
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Griskan loyang dengan menyapukan butter. 2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. Ketepikan.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4. Masukkan telur, kacau cepat-cepat hingga sebati (boleh gunakan whisk atau pun mixer).
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel bintang. Kalau tiada, potong bucu plastik anggaran 1 cm.
Pipe kan ke atas dulang.
6. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. (*Saya bakar pada suhu 200'C selama 25 minit)
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung 1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

-Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Masak api yg sederhana sehingga kental dan berkilat.
Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
Padamkan api dan masukkan mentega. Gaul sebati.

Tuesday, October 28, 2014

Sambal goreng jawa kegemaranku...sedapnya !

Alhamdulillah...baru-baru ini, setelah 3 hari 2 mlm berkursus, selesai kursus dapat balik rumah. Lega, dpt mkn masakan sendiri. Jemu makan makanan hotel berhari2. Walaupun chef hotel masak yang sedap, Sue jadi stress tak dapat masuk dapur sendiri hahaha....
Sambal goreng jawa (my febret)...belajar dgn kak Ida, kawan lama masa mula2 jadi cikgu dulu tahun 1997. Mmg sedap. Selalu masak ni.

Sambal Goreng Jawa
Sumber : Kak Ida (sahabat lama, memang org jawa tulen)
Bahan kisar :
10 biji cili kering (direbus utk melembutkannya)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
Segenggam ikan bilis
*semua bahan diatas disatukan dan dikisar halus
Bahan yang di goreng :
1 cawan ikan bilis
1 biji ubi kentang dipotong memanjang
1 keping tempe dihiris nipis
1 keping tauhu (digoreng dulu kemudian barulah dipotong kecil)
*semuanya digoreng berasingan dan ditoskan
Bahan yang di rendam :
-suhun
-sayur fucuk
*semua bahan dipotong kecil dan rendam sekejap
Bahan lain :
1/4 cawan kicap lemak manis
1/4 cawan santan
1 biji bawang besar dihiris
-minyak untuk menumis
-garam/gula secukup rasa
Cara masak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga harum. Masukkan bahan kisar dan masak hingga cili benar2 masak.
2. Masukkan kicap, santan, garam dan gula. Kacau sekejap & masukkan bahan goreng, kacau sebati. Akhir sekali masukkan bahan rendam. Kacau hingga hampir kering.
Siap.
Bismillah...jemput mkn.

Friday, October 24, 2014

Chocolate Chips Muffin kesukaan anak-anak

Memang anak-anak sangat sukakan rasa coklat, termasuk juga kita orang dewasa, kan...Berebut-rebut makan. Memang Sue sendiri pun sukakan muffin ni. Cara penyediaannya pula sangat mudah. Hanya kacau rata sahaja dngan whisk. Tak perlu nak keluarkan mixer dan pukul lama seperti membuat kek. Senang sangat. Sekejap je dah siap. Anda mesti cuba, percayalah...anda pasti berpuas hati. Sue copy paste resepi ini dari blog CMG.





Chocolate Chips Muffin
Resepi asal : Noreen UK
Sumber : CMG
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
  2. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga.

Ayam Goreng Tomyam hidangan yang ringkas tapi sedap

Biasanya kalau hari yang berkejar dengan masa, Sue akan masak yang ringkas sahaja. Jenis yang bergoreng. Salah satu menunya adalah seperti hari ini, Ayam Goreng Tomyam. InsyaAllah sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga.


Ayam Goreng Tomyam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan ;
4 kepingbahagian dada ayam dipotong kecil (atau bahagian lain, tapi ambil isinya sahaja)
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong
1 biji lada merah - dipotong
1 biji buah tomato dibelah 4 bahagian
1 ketul kiub tomyam
2 sudu besar sos tiram
Sayur-sayuran seperti bunga kobis, kacang panjang dll yang sesuai
Sedikit air
Daun limau secukupnya
Secubit garam
Minyak masak

Cara penyediaan ;
1. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga hampir masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama (buang sedikit minyak tadi jika banyak), tumiskan bawang putih dan serai hingga harum.
3. Masukkan kiub tomyam bersama sedikit air. Didihkan.
4. Masukkan sos tiram serta secubit garam dan juga isi ayam. Biarkan hingga air hampir kering, barulah dimasukkan sayur-sayuran. kacau sekejap.
5. Masukkan daun limau, bawang besar dan lada merah dan buah toamato. Kacau  goreng hingga rata.

Sedia dihidang.




Terung Masak Kicap

Dulu-dulu Sue tak pernah makan terung masak kicap, tapi ada seorang kawan sama tempat kerja yang kerap masak masakan ini dan bawa ke tempat kerja untuk kami makan bersama-sama. Sedap rupanya. jom kita lihat resepinya.


Terung Masak Kicap
Sumber : Nurol Huda Abd Hamid
Dicuba oleh ; Surianti Ramli

Bahan-bahan :
3 biji terung dipotong bulat (ketebalannya anggaran 1/2 inci)
3 ulas bawang putih dimayang
1 biji lada merah/lada hijau di hiris nipis
Sedikit udang kering
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak masak

Cara penyediaan :
1.Panaskan minyak dan gorengkan terung hingga agak layu dan lembut. Angkat dan ketepikan.
2. tumiskan bawang putih, masukkan udang kering dan kacau goreng sekejap.
3. Masukkan terung bersama kicap secukupnya. Goreng hingga rata dan sebati.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar bersama lada merah. Kacau rata.

Sedia dihidang. Mudah, kan ?
Tak perlu masukkan garam kerana kicap itu sendiri sudah cukup rasa masinnya.

Tuesday, October 21, 2014

Apam Susu yang ringkas dan mudah

Sarapan kami sekeluarga beberapa hari lepas, Apam susu & air kopi. Sedap, cepat dan mudah. Bahan yang digunakan pun ringkas. Kalau sesiapa yang baru belajar memasak atau pun yang berkejar masa macam Sue, memang harus cuba apam ni.
Bismillah...


Apam Susu
Sumber : Resepi Ringkas
Bahan-bahan :
4 biji telur
1 st esen vanilla
1 sb ovalette
1 cawan gula halus
4 sb susu pekat
2 cawan tepung gandum
Cara penyediaan :
Pukul telur, esen vanilla, ovalette dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan susu pekat. Akhir sekali masukkan tepung. Pukul sebati. Letakkan warna mengikut kesukaan. Kukus selama 40 minit @ hingga masak.
*didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dulu.

Sunday, October 12, 2014

Nasi Beryani Ayam Hadhramaut original resepi dari tanah Arab

Alhamdulillah...sedapnya makan nasi hari ini. Rempah ratusnya Sue beli dari Lydia Honey dari bulan Julai dulu lagi...tapi baru hari ini berkesempatan untuk masak...Memang Sue ikut resepi Lydia 100% tanpa mengubah. Walaupun nampak macam banyak bahan yang digunakan, tapi cara memasaknya amatlah mudah.


Nasi Beryani Ayam Hadhramaut
Sumber : Lydia Honey
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan untuk merebus ayam :
2 ekor ayam - potong 4
1/4 cmt nutmeg powder (pala)
1/2 cmt cardamom powder (buah pelaga)
1 cmt Arabic mix spices
2 helai daun bay
1/2 camt kayu manis powder
3-4 kuntum bunga cengkih
1 camt corainder powder (ketumbar)
1/2 cmt serbuk lada hitam
1 camt cummin powder (jintan putih)
1 camt ginger powder (halia)
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil 1 biji lada hijau - belah 2
garam secukup rasa Air secukupnya
-Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis kuahnya.
Susun ayam dalam tray dan ketepikan seketika
Bahan untuk memasak nasi :
3-4 biji cardamom pods* (buah pelaga)
2 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
3-4 kuntum bunga cengkih*
1/2 camt corainder powder* (ketumbar)
1/2 camt serbuk lada hitam*
1 camt cumin powder* (jintan putih)
1/2 camt ginger powder* (halia)
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa 1/4 cawan minyak masak
8 cawan beras basmati
12 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras)
-Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukkan bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratusnya/ transparent dalam 2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasi benar benar masak.
Bila nasi sudah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu.
Taburkan sedikit daun corainder (ketumbar) atau gajus yang digoreng tanpa minyak di atas nasi..
Taraaaaa… Nasi siap untuk dihidangkan…
NOTE:-sementara menunggu nasi masak, bakar ayam.
Cara-cara bakar ayam :
1/8 camt nutmeg powder (pala)
1/4 cmt cardamom powder (pelaga)
1/2 camt kayu manis powder
1/2 camt corainder powder (ketumbar)
1/4 camt serbuk lada hitam
1 camt cummin powder (jintan putih)
1/3 camt Arabic mixed spices
Garam secukup rasa
Susun ayam di atas tray/dulang pembakar.
Percikkan atas ayam sedikit air.
Panaskan oven/grill api atas.
Sementara menunggu grill/oven panas lumurkan ayam dengan sikit garam rempah ratus. Lepas tu lumurkan pula pewarna (merah+kuning). Masukkan dalam oven, grill sekejap sebab ayam sudah masak.
Balikkan ayam, guna api atas dalam 10-15 minit untuk bagi kuning.
Ayam yang sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi, salata (salad), maraq(kuah tomato)@sup dan salsa
Salsa
Bahan2 :
2-3 biji buah tomato masak
cili hijau(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar Jus lemon (semasam yang anda suka)
Garam secukup rasa, sedikit air untuk blend bahan.
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan.
Salata/ salad :
Timun- di dadu kecil
Daun bawang- di hiris halus
Tomato- di dadu kecil
Fresh mint leaves di hiris halus
Dressing :
Minyak zaitun
Garam secukup rasa
Secubit lada hitam powder
-Dalam mangkuk, satukan semua bahan sayuran.
Biarkan di peti sejuk dalam 1 jam.
Bila nak makan tuangkan dressing ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Hidangkan.

Wednesday, October 1, 2014

Banoffee Pie untuk penggemar pisang

Dessert kali ini adalah banoffee pie atau nama penuhnya banana toffee. Idea asalnya adalah dari Nigella Lawson. Tapi Sue ubahsuai mengikut selera Sue berdasarkan bahan yang sedia ada di dapur tanpa mengubah bahan asasnya.

Versi dalam gelas sundae
 

Versi dalam loyang

Banoffee Pie
Oleh : Surianti Ramli

Bahan -bahan :
30 keping biskut cream cracker/ biskut marie/ biskut digestive
1 ketul butter
1/3 tin susu pekat manis
1/4 cawan susu segar (Sue gunakan susu tepung nespray yang dibancuh dengan air)
3 biji pisang berangan
400 ml whipping cream (Sue guna Anchor UHT)
1 tbs gula

Cara penyediaan  (rujuk pada gambar step by step)

1. Hancurkan biskut cream cracker.
2. Cairkan butter (tinggalkan 1tbs butter untuk membuat karamel, yang lain semuanya dicairkan).
3. Curahkan butter cair tadi ke atas biskut hancur. Gaul sebati. Tekan dan ratakan dengan sudu hingga menjadi padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Sambil menunggu, kita sediakan pula karamel. Masukkan susu pekat dan 1 tbs butter ke dalam kuali dan masak dalam api perlahan hingga warnanya bertukar sedikit keperangan. Tuangkan susu segar sambil mengacau lagi. Matikan api.


5. Potong pisang menjadi kepingan.
6. Curahkan bahan karamel tadi ke atas lapisan biskut. Susun kepingan pisang. Ketepikan.
7. Putar whipping cream dan 1 tbs gula hingga menjadi kental.
8. Masukkan whipping cream ke dalam piping beg dan paipkan ke atas kepingan pisang.
9. Susun lagi kepingan pisang di atasnya. Hias mengikut kreativiti anda. 
* Sue taburkan biji gajus panggang dan paipkan coklat.
10. Sejukkan dan sedia dihidang.