JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Monday, September 29, 2014

Roti Sarang Lebah yang terkenal di alam maya

Sebenarnya Sue kerap buat roti ni. Family Sue memang sangat suka akan rasanya yang lembut bak kapas. Sosnya pulak aduhaiiii. Butterscotch sauce namanya. Memang sedap sungguh.
Selain dari masak untuk family, Sue bawa juga ke tempat kerja untuk dimakan bersama kawan-kawan. Memang mendapat feedback yang baik. Kawan-kawan Sue pun sangat sukakannya. Alhamdulillah....
Ini resepi asalnya, dari Lydia Honey yang tinggal di Kuwait. Lydia uli menggunakan tangan sahaja. Tapi hasilnya sangat baik.



Ini pula cara Sue. Memang Sue ikut sepenuhnya bahan yang Lydia gunakan. Hanya, Sue uli menggunakan mixer kerana tangan Sue tak kuat dan cepat lenguh.

Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah
Resepi Asal : Lydia Honey
Dicuba oleh : Surianti Ramli

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air

Cara-cara :
-jika menggunakan breadmaker, masukkan bahan cair dulu diikuti bahan kering.
-jika menggunakan mixer, masukkan bahan kering dulu diikuti bahan basah.
*Uli hingga doh menjadi licin dan kenyal.
Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup.
Bila doh sudah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar guli dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh sedikit lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik, panaskan oven anda. Masa pembakaran dan suhu bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
*Sue bakar pada suhu 180' selama 22 minit.
Keluarkan dari oven dan terus sapukan mentega di atasnya. Tuangkan butterscotch sauce.
Sedia untuk dihidangkan.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cawan brown sugar (bukan gula merah)
1/2  cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter
-Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla essence dan bila semuanya sebati, matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.






Potato Bun yang lembut dan sedap

Biasanya Sue beli potato bun ni di Tesco. Dah lama juga menyimpan keinginan untuk cuba buat sendiri. Google cari, terjumpa 2 resepi potato bun yang menarik perhatian Sue. Kedua-duanya Sue dah cuba masa cuti sekolah yang lepas dan mendapat hasil yang baik. Memang berpuas hati dengan kelembutan dan kesedapannya. Lepas ni tak payahlah lagi nak beli, kan...Di sini Sue letakkan kedua-dua resepi yang telah Sue cuba. InsyaAllah, anda mesti berpuas hati dengan hasilnya.



Bun Kentang/Potato Bun
Sumber : CMG
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi CMG sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.


Roti Kentang/Potato Bread
Sumber : Madiha
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan Doh 
(dpt dlm 12 bun kecil) 

250 gram tepung roti/tepung high  protein 
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang) 
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis 
ataupun susu kacang soya) 
2 sudu besar susu tepung 
2 sudu besar gula 
2 sudu besar marjerin / butter 
4 gram yis ( 1½ sudu kecil) 
1 biji telur gred A (dipukul sedikit) 

Bahan-bahan Sos kastard 
(resepi kastard ni MaDiHaA tulis setengah dari resepi asal.. sebabnya ada berlebih banyak sgt.. kalau rasa susah nak buat sikit sangat.. gandakan jelah dua resepi ni.. yg lebih tu boleh buat roti lain lak.. ) 
1 sudu besar tepung bird custard 
½ cawan susu segar 
1 sudu besar gula 

Cara Menyediakan 

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati. 
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel. 
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu. 
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je) 
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata. 
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit) 
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik. 
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHaA.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik.. ni petua dari Chef Anuar Deraman). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin . 
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. (MaDiHaA dapat 12 biji) 
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi. 
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda. 
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan 

Wednesday, September 24, 2014

Potato Fritters yang nipis dan rangup

Fenomena alam maya sekarang. Ramai kawan-kawan yang buat. Sedap rupanya. Anda mesti cuba ya...mudah je cara membuatnya.
*Resepi ni Sue copy paste dari Fb.


Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)

Cara2nya :
~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos

# resepi asal noraida durani ( tq )

Sunday, September 21, 2014

Mango Float dessert untuk hari ini. Sedap !

Aduh...sedapnya mango float ni. Setelah beberapa hari teringin nak makan, baru hari ni berkesempatan untuk buat. Senang je caranya. Jom kita nikmati mango float yang sangatlah sedap ni.



Mango Float
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 biji buah mangga
Biskut cream cracker secukupnya (Sue guna 20 keping)
1 cawan cream cheese (Sue guna Tatura)
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan whipping cream (Sue guna Anchor UHT)

Untuk tabur pada bahagian atas :
Biskut cream craker yang telah diramas halus (Sue guna 4 keping)

Cara penyediaan :
1. Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan.
2. Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati.
3. Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya. Ratakan lapisan seterusnya dengan cream lagi. Kemudian susun potongan mangga diatasnya.
4. Cara susunan bermula dari dasar : cream, biskut, cream, mangga. Ulangan proses ini hingga habis. Terpulang kesukaan anda berapa lapis.
5. Pada lapisan paling atas, taburkan biskut yang telah dihancurkan. Letakkan potongan mangga.
6. Sejukkan dalam peti ais 4 jam sebelum dimakan.

Sedap !

Thursday, September 18, 2014

Mee Hailam ringkas untuk makan petang

Tadi brunch (breakfast + lunch) nasi goreng. Bila petang macam ni, dah lapar balik. Apa kata jom kita masak Mee Hailam.


Mee Hailam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sb kicap manis
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb cili kisar
5 ulas bawang putih diketuk
5 - 6 cawan air (anggaran)
2 sb tepung jagung
Sotong
Udang
Fishball/fishcake
Sawi
Bunga Kubis
Anak jagung
Buah tomato
(Sayur-sayuran terpulang ikut kesukaan)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik baunya.
2. Masukkan cili kisar, kacau sekejap. Masukkan isi ayam bersama air, sos serta kicap. Rebus hingga isi ayam masak.
3. Masukkan sotong, udang, fishball/fishcake dan garam. Kacau sekejap dan masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air (bertujuan untuk memekatkan kuah).

*Jika segera dimakan, boleh terus masukkan sayur dan mee anggaran 2 - 3 minit, tutupkan api. Sedia dihidang.

*Jika belum lagi makan, hanya masukkan sayur sahaja ke dalam kuah, anggaran 2 - 3 minit tutupkan api. Mee dicelur berasingan. Curahkan kuah ke dalam mee bila menghidang.

Wednesday, September 17, 2014

Kerabu taugeh campur dengan perut....resepi emak saya, sedap

Sedap makan nasi hari ni...dah lama tak buat kerabu ni. Makan nasi pun berpinggan-pinggan.



Kerabu Taugeh Dengan Perut
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk perut yang telah siap direbus empuk dan dihiris nipis
2 biji cili merah ditumbuk dengan secubit belacan
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 inci halia dimayang halus
1 cawan santan (campurkan santan pekat dengan santan cair)
1 sudu besar penuh kerisik
3 sudu beras yang disangai tanpa minyak dan dikisar halus
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa

Cara penyediaan :
1. Masukkan taugeh dalam mangkuk dan rendam dengan air panas yang baru didih, anggaran 2 - 3 minit. Jangan rendam lama, nanti taugeh jadi lembek. Toskan.
2. Campurkan semua bahan lain dengan taugeh celur tadi. Rasa garam dan asamnya.

Siap !

Catatan :
-boleh gantikan perut dengan kerang rebus.
-tumbuk sedikit cili padi dan gaulkan bersama jika suka pedas.

Tuesday, September 16, 2014

Donut Gebu, lembut dan sudah pastinya sedap

Sedap betul donut hari ni. Memang donut antara makanan kegemaran family Sue terutamanya si bongsu, Amirul. Sekejap je dah habis. Seronok rasanya bila tiap kali masak, bila family kita menikmati dengan sepenuh hati...alhamdulillah. Bertambah semangat untuk memasak.


Donut Gebu
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung high protein
1 sb mentega 
2 sb susu pekat manis ( atau 1sb susu tepung + 1 sb gula)
2 sudu teh yis 
1/2 cawan air suam (air suam digunakan untuk kaedah uli tangan, jika uli dengan mixer boleh gunakan air sejuk dari peti ais)
secubit garam 
Gula kaster untuk ditabur atas donut

Cara-cara :
Kaedah uli menggunakan tangan ,
1. Letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika anggaran 5 minit atau hingga berbuih untuk menghidupkan yis.
2. Satukan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam.
3. Masukkan air suam barcampur yis tadi. Uli sebati hingga doh (tidak melekat di tangan) jadi licin dan kenyal.
3. Bentukkan donut mengikut citasara masing2. Biarkan donut tadi selama 40 minit atau naik 2 kali ganda. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas. Bila telah suam, tabur dengan gula kaster.

*Kaedah uli menggunakan mixer, 
1. Masukkan bahan kering diikuti bahan basah. Uli bermula speed perlahan dan kemudian lajukan speed. Teruskan menguli hingga doh jadi licin dan kenyal.
2. Bentukkan donut dan biar hingga donut mengembang 2 kali ganda.
3. Panaskan minyak (sederhana), bolehlah goreng donut tersebut. Selepas goreng biarkan donut sehingga suam dan tabur gula kaster.  

Catatan : Sue uli menggunakan mixer dan membulatkan donut sebesar bola ping pong. Bila donut naik 2 kali ganda, Sue gunakan jari dan membuat lubang pada bahagian tengahnya. Kemudian barulah digoreng.
Tips untuk donut yang kekal lembut walaupun sejuk adalah menggunakan tepung high protein.

Saturday, September 13, 2014

Cucur Jagung sedap dan rangup

Terliur tengok sahabat fb Ct Zalieda Zaliedana buat cucur jagung, petang ini Sue pun buat juga. Bahan untuk membuat cucur Sue gunakan cara Sue sendiri seperti biasa, tapi Sue ikut petua dari Ct, untuk menyedap dan merangupkan cucur, bancuh tepung menggunakan air sejuk dari peti ais dan tambahkan 1sb cuka. Memang sedap sungguh. Terima kasih kasih Ct. Izinkan kakSue kongsikan di sini ya...


Cucur Jagung
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 sb cuka
1 sb gula
1/2 sk garam
1 tongkol jagung mentah diambil isinya
1/2 st kunyit serbuk
*sayur kucai atau lain2 kalau suka

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas, kacau sebati. Biarkan sekejap dalam peti ais. Goreng dalam minyak panas.

Selamat mencuba.

Thursday, September 11, 2014

Kek Butter Pandan Cappucino....walla sedap !

Buat kek lagi hari ni...kali ni resepi dari kawan fb, Rozilah Abdullah. Memang pakar masak pun. Tak rugi mencuba resepi-resepi dari Rozilah. Sedap betul keknya. Masa tengah bakar tu, harum mewangi satu rumah dengan wangian pandan dan cappucino. Tak sabar-sabar nak merasa, asyik2 ulang tengok oven. Bila nak siap bakar ni...hihihi...teruja.  Ok jom kita semak resepinya.




Kek Butter Pandan Cappucino
Sumber : Rozilah Abdullah
Dicuba oleh : Surianti Ramli

Bahan2

225 gram butter
225 gram gula (Sue letak 150g)
225 gram tepung superfine
(saya tambah 1/2 sudu teh baking soda +
1/2 sudu teh baking powder). Ayak.
4 biji telur saiz A
3 sudu makan susu cair
2 sudu makan pandan paste (+ pewarna hijau)
2 sudu makan cappucino emulco
sedikit esen vanila

Cara2 :

Pukul butter dan gula hingga berubah warnanya menjadi pucat.
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung berselangseli dgn susu cair.
Bahagikan kpd 2 bahagian iaitu pandan dan cappucino.
Sudukan adunan ke dlm loyang bersaiz 8x8 berselang seli secara bertindih. Buat hingga selesai.
Bakar dlm oven bersuhu 160° celsius selama 45 minit (ikut oven masing2).
*Sue bakar pada suhu 175'C selama 45 minit.
Keluarkan dr oven. Pastikan kek dah agak renggang dr loyang sebelum diterbalikkan ke atas rak.

Nasi Daging Utara, menu orang utara

Menu ni antara yang popular di utara. Dulu waktu Sue kecil, kalau pergi rumah kenduri, memang inilah menu nya. Makan dalam talam besar, cicah pula air asam. Aduhhh...sedapnya. Sekarang ni, kalau kenduri hari raya korban pun kebanyakannya akan menghidangkan menu ini juga.
Ada banyak resepi untuk memasak nasi daging ni sebenarnya. Resepi yang Sue letak di sini, cara Sue sendiri mengikut citarasa family. Lain orang, lain caranya. Kita tidak boleh mengatakan resepi orang lain salah. Kita yang masak, terpulang citarasa masing-masing. Betul tak ?
Ok. Dah tak tahu nak berceloteh lagi. Jom kita masak.



Nasi Daging Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :

4 pot beras biasa
-dicuci bersih dan ditoskan.

1 kg daging
-dipotong, cuci bersih dan direbus empuk dengan sup bunjut. Ketepikan. Airnya jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi.

Bahan tumis :
2 sb mentega @ 2 sb minyak masak
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
5 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 inci halia diracik halus
2 helai daun pandan disimpul

Bahan kisar :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1/2 sudu teh jintah putih
1 st ketumbar
-sangai bahan di atas hingga harum baunya. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit dan kisar halus.
*jika tiada bahan di atas, anda boleh gantikan dengan 2 sb rempah kurma.
Campurkan bahan kisar atau rempah kurma dengan sedikit air dan jadikan pes yang pekat.

Bahan lain
Garam
Gula
1/2 pot susu cair
Sukat air rebusan daging tadi, jadikan 4 1/2 pot
(Campuran :  1/2 pot susu cair + 4 1/2 pot air rebusan daging)

Cara masak :
1. Cairkan mentega dan panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan. Bila telah harum baunya, masukkan bawang dan halia.
2. Masukkan pes bahan kisar. Kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau anggaran 2 -3 minit.
3. Masukkan campuran air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging rebus tadi. (Daging dan nasi dimasak bersama)
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak seperti memasak nasi biasa.
6. Bila nasi telah masak, gemburkan dengan garfu untuk mengelakkan nasi pecah.
7. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan juga bawang goreng.
Makan bersama air asam.

Resepi air asam di sini (sila click)



Air asam untuk dimakan dengan nasi daging

Selain dari dimakan dengan nasi daging, air asam ni sebenarnya kalau anda nak makan dengan ikan bakar, daging bakar atau ayam bakar pun boleh.



Air Asam
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
2 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar yang sederhana saiznya atau 5 ulas bawang merah di hiris nipis
Sedikit air perahan asam jawa
Sos tomato
Sos cili
(Sos terpulang kepada citarasa anda, Sue masukkan lebih kurang 3sb sos cili dan 3sb sos tomato)

Bahan tumbuk :
3 biji cili merah (kalau suka pedas, campurkan cili padi)
Sedikit belacan
Sedikit garam

Cara penyediaan :
Satukan semua bahan di atas. Gaul rata hingga sebati. Perasakan garam dan masamnya. Sedia dihidang.


Sunday, September 7, 2014

Kek Marble yang memang sedap dan moist...yummy !

Dah lama Sue tak buat kek. Kali ini, Sue cuba resepi dari CMG. Wallah...memang sedap betul keknya. Lembut, moist dan memang patut dicuba. Antara resepi kek marble terbaik yang pernah Sue cuba. Jom kita lihat resepinya.



Kek Marble Trio
Di cuba oleh : Surianti Ramli

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus (Sue gunakan 200g gula)
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



CARA MEMBUATNYA :-)
Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.
Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. 
(*Sue bakar 175'C selama 50 minit)

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Monday, September 1, 2014

Sheperd Pie in da house

Apa kata minum petang hari ni, kita masak sheperd pie. Dulu-dulu Sue tak tahu masak, tapi memandangkan anak-anak memang suka sangat makanan western ni, terpaksalah emaknya belajar masak. Senang je cara membuatnya, sesiapa pun boleh buat. Sue masak cara yang simple je.

Sebelum dibakar

Selepas dibakar


Sheperd Pie
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A
1kg kentang dibuang kulit, cuci bersih dan rebus empuk
1/2 cawan susu segar
2 sb butter
-lenyekkan kentang rebus hingga hancur. Campurkan butter dan susu segar. Gaul sebati. Ketepikan.

Bahan B
400g daging kisar
1 biji bawang holland didadu
2 sb serbuk lada hitam
1/2 botol besar sos Prego (Italian Pasta Sauce - Mushroom)
2 sb butter untuk menumis
1 sb mixed herbs
1 sb oregano
Sedikit garam dan gula
Cheese parut mozarella (untuk tabur)
-cairkan butter, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga masak. Masukkan sos prego, lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masukkan juga mixed herbs dan oregano. Kacau rata. Tutupkan api.

Cara penyediaan :
1. Ambil sedikit bahan A iaitu campuran kentang dan lapiskan nipis pada dasar loyang.
2. Lapisan kedua diletakkan bahan B iaitu inti daging.
3. Lapisan ketiga, letakkan bahan A. Tabur bahagian atas sekali dengan cheese parut.
4. Panaskan ketuhar, bakar 180'C selama 30 minit (masa dan suhu adalah mengikut jenis ketuhar masing-masing).