JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, July 15, 2014

Puding Sagu Gula Melaka

Paling senang, paling cepat. Sesuai untuk hari yang sibuk. Makan time berbuka pun sedap.


Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan :

Bahan A
1 cawan sagu dicuci bersih
3 cawan air
Pewarna kesukaan
1 helai daun pandan
*Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan sagu. Kacau hingga sagu menjadi kembang dan berwarna jernih. Masukkan beberapa titik pewarna. Kacau rata. Angkat, sejukkan dalam loyang atau acuan.

Bahan B
1 buku gula melaka
2 sb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
*Didihkan semua bahan di atas hingga gula larut. Angkat, sejukkan.

Bahan C
1 tin susu cair

Cara hidang :
Sendukkan sagu. Curahkan gula melaka dan susu cair. Letak ais batu untuk rasa yang sejuk dan nyaman.

Sunday, July 13, 2014

Kuih Cara Berlauk hidangan istimewa

Tajuk tu hihihi...istimewa. Apa-apa je lah kan. Kuih Cara Berlauk untuk berbuka petang ini. Untuk minum petang pun sesuai juga. Jom kita lihat resepinya.



Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan :
Bahan A (inti)
100g daging kisar Ramlee (boleh juga gunakan daging biasa yang dihiris kecil)
3 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar penuh rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
*Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila telah harum baunya, masukkan rempah kari yang telah dicampur sedikit air. Masukkan juga sos tomato dan daging. Masak hingga daging empuk dan airnya kering. Perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan.

Bahan B (adunan) :
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan santan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
*Satukan bahan B dan kisar dengan blender hingga sebati.

Bahan C (untuk tabur di atas)
Daun sup
Daun bawang
Cili merah dibuang biji
*semua bahan dipotong kecil

Cara masak :
1. Panaskan loyang. Sapu loyang dengan sedikit minyak (menggunakan daun pandan) .
2. Sudukan bahan B iaitu adunan tepung tadi ke dalam loyang sebanyak 3/4 dari saiz loyang.
3. Tabur bahan A dulu, diikuti bahan C.
4. Tutup loyang dengan tudung periuk.
5. Kuih ini cepat saja masaknya. Sekejap saja. Boleh terus diangkat.
6. Ulangi proses yang sama hingga habis adunan.

Siap.

Thursday, July 10, 2014

Jom masak Puding Karamel Tanpa Telur

Biasanya karamel dengan telur. Tapi kali ini Sue cuba tanpa telur, sumber resepi dari kawan Fb, Noraslinda Bugal. Yummy ! Sedap !


Puding Karamel Tanpa Telur
(Sumber : Noraslinda Bugal)

Bahan A (Karamel)
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar ai r
-Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan.

Bahan B (Puding)
1 paket agar2 serbuk 10 gram
1 tin susu cair
4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
-Satukan semua Bahan B
-Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel
-Bila mendidih dan agak pekat, tutup api.
-Tapis adunan dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.


Nasi tomato mudah dan sedap untuk berbuka

Antara menu wajib kami sekeluarga, nasi tomato. Kalau hari biasa pun memang hubby paling suka makan. Bila dah hari ke 11 puasa, buntu tak tahu nak masak apa, teringat nasi tomato. Ini lah hasilnya.


Nasi Tomato

Bahan-bahan :
4 cawan beras
 (boleh gunakan beras biasa atau basmathi)
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 inci halia diracik
2 helai daun pandan disimpul
Rempah 4 sekawan 
(bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
2 sudu besar penuh tomato puree 
1/2 tin susu cair
4 1/2 cawan air 
(untuk sukatan air, sila ikut sukatan jenis beras masing-masing)
Garam
Gula
1 ketul kiub pati ayam
2 sudu besar penuh minyak sapi

Cara masak :

1. Panaskan minyak sapi. 
2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya.
3. Masukkan tomato puree dan kiub pati ayam. Kacau sebentar.
4. Masukkan beras dan dikacau goreng anggaran 5 minit.
5. Masukkan air, susu cair, garam dan gula.
6. Tutupkan api,dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Masak seperti memasak nasi biasa.
7. Bila nasi telah masak, boleh ditambahkan kismis atau biji gajus jika suka.
8. Sedia dihidang dan ditabur bawang goreng.




Ayam Masak Merah makan dengan nasi tomato


Ayam masak merah

Bahan-bahan :

1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
6 sudu besar penuh cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi)
10 ulas bawang merah dikisar
2 biji buah tomato dikisar
1 labu bawang besar dipotong baji
4 ulas bawang merah dihiris nipis (untuk tumis)
3 ulas bawang,putih dihiris nipis (untuk tumis)
1 inci halia diracik halus (untuk tumis)
Air secukupnya
Garam
Gula

Cara masak :

1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan kunyit. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu).
4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula.
5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak.

Sedia dihidang dengan nasi tomato.

Acar Timun Nanas

Simple je acar ni. Tak perlu dimasak. Cuma gaul je semua. Siap. Sedap makan dengan nasi tomato atau nasi beriani.


Acar Timun Nanas

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/4 biji nanas
2 ulas bawang merah
2 biji cili merah
(Semua bahan di atas dibersihkan dan dipotong kecil)
Sedikit cuka (anggaran 4 atau 5 sudu besar sudu)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan diatas. Tak perlu air yang banyak kerana campuran timun dan nanas sendiri akan mengeluarkan air.

Sedia dihidang.

Buah Melaka sedap

Sebelum ini, Sue banyak terjumpa resepi buah melaka. Lain orang, lainlah caranya. Kali ini Sue cuba resepi dari kawan Sue. Sedap ! Anda mesti cuba ya...


Buah Melaka
(Sumber : Zulaifha Hassan)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan air daun pandan
2 sudu besar tepung beras
Gula melaka dipotong kecil
Kelapa parut putih digaul sedikit garam dan dikukus sekejap
*tanpa pewarna hijau (sbb stok dah habis)


Cara penyediaan :
Gaulkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan hingga menjadi doh. Ambil  sedikit tepung dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil tadi. Bentukkan bulat. Ulangi proses ini.  Didihkan air, masukkan bebola buah melaka tadi ke dalam air didih. Tunggu sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan kelapa parut.

Siap. Selamat mencuba.

Sunday, July 6, 2014

Air jagung sedap penghilang dahaga

Hari ini masuk hari ke 8 kita berpuasa. Cuaca pun panas, terfikir nak minum apa time berbuka. Rasa teringin air jagung. Memang kami satu family suka air jagung ni. Sue pun terus jalan2 ke blog Azlita Masam Manis. Hasilnya...walla...sedap sungguh. Anda mesti cuba.
Terima kasih Azlita.


AIR JAGUNG
Sumber : Azlita Masam Manis
Kordial Jagung Red Man secukupnya (Sue gunakan jenama Ameen)
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair 
2 sudu besar Susu pekat manis

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula. (Sue ikut cara Ita)
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais. 

Saturday, July 5, 2014

Dah lama tak masak bihun goreng

Baru-baru ni, Sue masak bihun goreng. Agak lama juga tak masak ni. Bila bulan puasa, teringat nak makan itu nak makan ini. Apa pun, ingatkan diri biar jangan sampai membazir. Jadi kali ni, Sue goreng setengah bungkus je. Cukup untuk makan keluarga yang kecil. Goreng pun simple2 je...siapa pun boleh masak :)
Sue sekadar bagi idea untuk rujukan anak2.


Bahan-bahan :
1/2 bungkus bihun direndam dalam air biasa 4 jam
3 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
2 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, sila tambahkan)
Sedikit daging dipotong kecil
Sedikit udang dan sotong
1/4 cawan kicap lemak manis
3 sudu besar Sos tomato
3 sudu besar Sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air
Sedikit fishball/fishcake jika suka
Sedikit minyak untuk menumis
Sayur kesukaan (seperti sawi / kobis /taugeh 
/ kucai)

Cara masak :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar. Masukkan daging bersama air. Rebus hingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula, kicap serta sos. Kacau sebentar.
4. Masukkan udang/sotong bersama fishball dan fishcake. 
5. Masukkan bihun dan kacau rata. Bila bihun telah lembut, masukkan sayur. Kacau sekejap dan sedia dihidang.

Taburkan daun sup bersama daun bawang, cili potong dan limau kasturi jika suka.


Wednesday, July 2, 2014

Tom Yam mudah lagi best

Selamat berpuasa semua.. Sue masak tomyam ni atas permintaan anak-anak. Bila perut tengah lapar, semua rasa nak makan. Mujur jugak masak tomyam ni mudah. Berkejar masa pun sempat lagi.


Bahan-bahan :
3 ketul kiub tomyam knorr*
1.5 liter air*
Isi ayam secukupnya(dipotong)*
3 batang serai diketuk*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
Bawang besar dipotong bulat*
1 biji tomato besar dipotong dadu*
Sayur campur
Udang
Sotong
Daun limau
Cili padi 
Garam

# jika suka pedas, kisar cili padi bersama 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan rebus bersama bahan bertanda *

Cara masak :
1. Rebus bahan bertanda * hingga mendidih dan ayam menjadi empuk.
2. Masukkan udang, sotong, daun limau, cili padi, sayur campur dan garam secukupnya. Jangan masak terlalu lama, nanti sotong dan udang jadi liat.

Siap. Cara Sue yang simple.
Selamat mencuba :)

Kailan Ikan Masin yang simple

Bahan- bahan :
2 ikat sayur kailan dicuci bersih dan dipotong
5 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong baji
2 biji cili merah dipotong
2 keping ikan tenggiri jeruk dibersihkan dan dipotong kecil
1 biji limau kasturi diperah ambil jusnya
2 sudu sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing. Masukkan bawang putih. kacau rata hingga harum baunya.
2. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan kailan bersama bawang besar dan cili merah serta air perahan limau. Kacau rata sebentar.
4. Tutupkan api. Sedia dihidang.




Bingka Jagung resepi yang sedap

Hasil jalan-jalan ke dapur Yatie Memories, Sue pun mencuba resepi dari Yatie. Memang mudah dan sedap. Dah lama sebenarnya Sue teringin sangat nak makan bingka jagung. Akhirnya dapat dari dapur Yatie. Sesuai sangatlah untuk kita yang tercari-cari resepi yang ringkas dan sangat praktikal terutamanya kita yang mengejar masa. Jom kita cuba.



Bingka Jagung - (sumber : Yatie Memories)

Bahan-Bahan(loyang 9x9 inci) :
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telor
secubit garam
1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-
Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. (Sue tak letak bijan waktu awal, bakar dulu selama 15 minit & keluarkan adunan barulah Sue tabur bijan diatasnya)
 Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

#memang sedap resepi Yatie. Terimakasih untuk perkongsian.

Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

Resepi ini Sue dapat dari sahabat FB. Sedapnya ! Boleh buat lauk untuk sahur. Kalau hari biasa, boleh buat makan tengahari atau malam. Memang sedap. Pembuka selera...hihihi...tak sedar, makan nasi berpinggan-pinggan.


RESEPI AYAM KUNYIT ALA THAI (Sue copy paste dari FB Irni Maizura)


BAHAN UTAMA
BEBERAPA KETUL AYAM DI POTONG AGAK2 KECIL.
KALAU ELOK AMIK DAGING JE.. KEMUDIAN DIGORENG DENGAN KUNYIT AGAK SEPARA MASAK
KETEPIKAN.

BAHAN A
1 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
BAHAN DIATAS HARUSLAH DIKISAR

BAHAN B
2 HELAI DAUN LIMAU PERUT
1 BATANG SERAI DIHIRIS
4 Biji LADA SIAM @ LADA API DIBELAH 2
2 BIJI LADA MERAH DIPOTONG LEBAR
1-2 BIJI TOMATO DIBELAH2
1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
1 -2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT (TGK BYK AYAM)
1-2 SUDU SOS PLUM JENAMA LIFE
1-2 SOS TIRAM
HALIA MUDA SEBESAR IBU JARI DIHIRIS AGAK LEBAR
GARAM SECUKUP RASA
GULA SEDIKIT
SEDKIT DAUN KETUMBAR (KALAU SUKA)

CARA2 MEMBUATNYA
TUMISKAN BAHAN A SEHINGGA AGAK GARING MASUKAN SERAI,HALIA MUDA,DAN AYAM,MASUKAN SEDIKIT AIR,MASUKAN SERBUK KUNYIT,SOS TIRAM N SOS PLUM,DAUN LIMAU PERUT,LADA,GARAM SECUKUP RASA,N SEDIKIT GULA AGAK2 YER,LAST MASUKAN BAWANG HIRIS DAN TOMATO GAUL2 KAN SIAP TABURKAN DAUN KETUMBAR.SIAP!MEMANG SANGAT2 SEDAP..

RESEPI BY
IRNI MAIZURA
 

Terima kasih Irni.

Kek Minyak yang mudah dan sedap

Resepi ni Sue dah cuba masa cuti sekolah semester 1 yang lepas. Memang mudah dan sedap. Kali pertama mencuba pun dah jadi. Alhamdulillah...rasanya ala-ala kek span yang gebu. Yummy !
Resepinya copy paste dari Aznie Khasri (Resepi asal oleh Shima Maz)

Sebelum dikukus

Selepas dikukus


Kek Minyak :
5 biji telur gred B
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula diblender
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
1 sdt esen vanilla
3 warna kesukaan

Cara-cara :
Pukul telur, gula dan  ovalette 10minit, masuk susu pekat dan esen, pukul sekejap, masukkan minyak. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.  Kaup balik guna senduk nasi, bahagi kepada 3 bahagian. Letak pewarna. Gris loyang atau lapik loyang dgn kertas minyak. Ambil 1 senduk adunan pertama letak di tengah loyang. Jangan ratakan, ambil pula adunan yang berlainan warna 1 senduk juga letak di atas adunan pertama, jangan ratakan juga. Ulang step di atas pada adunan ketiga, selang selikan hingga habis. Lorek atas adunan guna lidi sate. Panaskan oven 160'-170' C (ikut oven masing2 sebab kepanasan oven berbeza) bakar 45mnt api atas bawah.

*Sue kukus selama 45 minit. Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu. Tutup tudung periuk dengan kain untuk mengelakkan air menitis. Kukus seperti biasa.