JOM FOLLOW JADI KAWAN. TQVM SUPPORT JENDELA DAPUR SURIANTI

Jom follow dan jadi sahabat. Tinggalkan jejak anda untuk saya follow kembali.

Nak cari resepi apa ya..taip di sini

Tuesday, April 29, 2014

Udang galah masak masam manis...sedapnya!

Udang galah pemberian dari seorang sahabat hubby. Terfikir-fikir nak masak apa.... jalan-jalan ke blog Azlita Aziz, wah....sedapnya !
Izinkan Sue copy resepinya ya.



Resepi asal : Azlita Aziz

UDANG GALAH MASAM MANIS

2 kg udang galah - berus dan cuci bersih
1 labu bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
1/2 cwn air
1 kiub - ikan bilis
garam dan gula secukup rasa.
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 pokok daun ketumbar - mayang halus
2 batang serai - dititik 

Bahan kisar
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah


Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga harum. Masukkan air, serai,sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak masukkan tomato, bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
Kemudian masukkan udang galah dan biar hingga ia masak. 
Biar seketika. Siap untuk dihidangkan.

Friday, April 25, 2014

Sarapan cokodok yang gebu dan sedap

Assalam & selamat sejahtera semua...
Nampaknya aktiviti berblog terpaksa dikurangkan kerana kekangan masa. Kerja sekolah semakin bertambah. Banyak berlaku hal-hal yang merintangi sejak kebelakangan ini. Apa nak buat, lumrah manusia.. ada pasang surutnya.
Sue pun tak dapat berceloteh panjang. Anda sarapan apa hari ini ? Sue buat cokodok je. Makan panas-panas dengan teh o. Sedapnya lah cokodok ni. Gebu dan pendek kata, sedaplah. Jangan tak tahu, ada orang yang tak tahu cara masak cokodok walau pun simple je sebenarnya. Ada yang bancuhannya jadi cokodok keras, liat dan tak menjadi. Apa kata jom cuba resepi ini. Sue jalan-jalan ke dapur Che Mat Gebu , antara tukang masak tersohor dalam bidang masakan dan juga seorang blogger terkenal. Izinkan akak share resepinya di sini ya CMG.



BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, (mat buat dalam 10 biji macam tu) ,sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Sunday, April 6, 2014

Bihun Sup Kedah resepi emak saya....sedapnya !

Salam semua, dah lama Sue tak masak bihun sup. Biasanya kalau hari raya, emak dikampung memang masak bihun sup untuk dihidangkan kepada tetamu selain dari biskut raya dan ketupat. Jadi bila Sue masak je bihun sup ni, teringat pulak hari raya. Jom kita tengok resepinya. Simple je, Sue rasa semua orang tahu masak.



Bahan-bahan :
Sebungkus bihun dicelur dalam air mendidih (yang telah dicampur dengan sedikit kunyit serbuk)
1 kg tulang lembu
1 kg daging lembu 
(Sue campurkan daging biasa bersama daging cincang/tetel)
1 labu bawang besar dikisar
5 ulas bawang merah dihiris (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih dihiris (untuk tumis)
2 inci halia diracik halus (untuk ditumis)
2 sudu besar rempah sup Adabi
1 bunjut rempah sup Adabi
Daun sup dan daun bawang
Air secukupnya
Garam
Gula

*Bahan sampingan untuk menghidang bihun :
Daun sup dan daun bawang dihiris halus
Bawang goreng
Lobak masin dipotong kecil dan direndam dengan air panas selama 2 - 3 jam untuk menghilangkan masinnya
Taugeh dicelur
Serbuk cili dicampur sedikit air panas yang baru mendidih dan dikacau rata (biar pekat)
Telur rebus (jika suka)
Limau nipis (jika suka)

Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia racik hingga wangi.
2. Rempah sup dicampur dengan bawang besar kisar dan sedikit air untuk menjadikannya pes.
3. Masukkan pes rempah sup. Kacau sekejap dan masukkan sup bunjut dan tulang bersama daging.
4. Masukkan air secukupnya dan rebus hingga daging empuk. 
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Taburkan daun sup dan daun bawang. Tutupkan api.

Cara menghidang :
Letakkan sedikit taugeh celur pada dasar mangkuk, diikuti dengan bihun. Bahagian atas bihun diletakkan semua bahan sampingan bertanda *. Masukkan kuah dan sedia dihidang. Lebihkan kuah jika suka. Sue kurang makan kuahnya, jadi dalam gambar ni pun nampak kuahnya sikit hehehe....

Selamat mencuba.




Puding Buah Pic

Aduh....rupanya waktu nak update blog tadi, tangan ke sana sini...terdelete post yang sebelum ni. Sue re-post ya...


Sedap di makan bila disejukkan dalam peti ais. Yummy !

PUDING BUAH PIC
Resepi asal : Chef Hanieliza

10 gm serbuk agar2 (1 peket)
4 cwn air
1 cwn gula (Sue kurangkan sikit gulanya)
1 tin susu cair
2 tin buah pic - dipotong dadu

Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan
Hidangkan bersama lebihan buah pic.